٢٧.٧.٠٦
Catatan ziarah
Kiranya aku mkn sampai dah x leh msk la. Asyik dok semawa makan.Siap boh nasik & lauk dlm pinggan. Macam la aku segan nak makan. Dia mkn ckit je.
Teringin gak aku jd cam dia. Selalu jemaah subuh/isyak kat masjid, kalu x gi ngaji mengajar زوجه dia membaca al-Quran.
p/s: pak sheikh ni zuhud ckit. Simple je brgn rumah dia. Aku? X de harapan
٢٦.٧.٠٦
Beramal di bulan Rejab
Banyak hadis yang menceritakan akan kelebihan bulan Rejab. Cukuplah aku bagi satu hadis. Lagipun hadis ni aku terima sendiri dr tok guru aku. Walaupun takde salsilah, tp cukuplah daripada aku sekadar membacanya sendiri sahaja.
Inilah hadisnya
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:
"Ketika
kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan
Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT.
Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?"
Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur
mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas
mereka."
Sabda Rasulullah SAW lagi: "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu
berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja
di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur."
Tsauban bertanya: "Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan
beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya
sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari
dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH,
kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan
solat malam satu tahun."
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya'ban adalah
bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku."
"Semua
manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi,
keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya'ban dan bulan
Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus
bagi mereka."
Berpuasalah satu hari dan tahajud satu malam (plg lekeh la), nescaya Dia akan membalasnya. Moga Allah memberi kekuatan kepada kita semua. Amin
٢٠.٧.٠٦
Berita bercanggah UM?
soalan. Ada beza ka modul & buku? Sorg kata modul, sorg kata buku.
p/s: Kita lihat samada salah satu berita ini akan ditarik balik atau tak. Nampak sangat percanggahan. Tarik atau terus?
١٨.٧.٠٦
Tahukah Anda II
MUQADDIMAH
Maksud hadith;
Daripada Ibn Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab: berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad).
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll)
"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh"
(Riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud)
Dalam sejarah lampau, kes Natrah, seorang wanita Belanda yang memeluk Islam dan berkahwin dengan Mansor Adabi telah dipaksa oleh ibu bapanya keluar dari Islam (Murtad) dan menggunakan mahkamah British di Singapura untuk dibawa balik ke Belanda.
Keprihatinan seluruh umat Islam & masyarakat dari seluruh pelusuk Tanah Melayu untuk berjalan kaki dan berbasikal untuk berkumpul & berdemonstrasi di Sinagpura untuk membantah & mempertahankan aqidah hanya SEORANG muslimah dari dimurtadkan tanpa sedikitpun memikirkan perasaan takut untuk berhadapan dengan bedila pelurun serta cota tentera British dan sebagainya yang menghalang mereka…
Hakikat yang berlaku selepas itu hingga sekarang, umat Islam sekarang terlalu lemah dan dayus untuk hanya mampu melihat sahaja tanpa memperdulikan langsung sejumlah 100,000 (Mufti Perak), dan 250,000 kes yang telahpun murtad “tanpa paksaan†dan hanya menanti untuk didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Negara…
Apa pendirian kita…?
LATAR BELAKANG
1. Bangsa Melayu khususnya di Malaysia, adalah satu-satunya bangsa di dunia yang mengguna pakai definisi yang jelas di dalam perlembagaan untuk mentakrifkan definisi perkataan Melayu serta skop yang merangkuminya.
2. Istilah Melayu di Malaysia dijelaskan sebagai seorang yang penganut agama Islam, dan Islam & Melayu pada dasarnya mengikut definisi perlembagaan sama sekali tidak boleh dipisahkan.
3. Perkara ini diletakkan dengan jelas di dalam perlembagaan dan menjadi suatu undang-undang di Malaysia untuk Melayu tidak dibenarkan meninggalkan Islam, (rujuk Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan), dan Melayu dan bangsa lain yang menganut agama Islam adalah tertakluk di bawah syariat Islam & perundangan Mahkamah Syariah di Malaysia.
AZLINA JAILANI @ LINA JOY?
1. Nama asal: Azlina Jailani, pernah memohon pada tahun 1997 untuk ditukar kepada Azlina Lelani tetapi ditolak sebab beralasan telah tukar agama Kristian.
2. Permohonan kedua untuk tukar kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan Kad Pengenalan Baru tertera perkataan Agama Islam.
3. Ayah bernama Jailani bin Shariff dan ibu bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan hidup sebagai Muslim.
4. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun.
5. Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.
6. Telah beberapa kali dipanggil dan dinasihatkan oleh Majlis Agama berkenaan kemurtadan beliau, tetapi beliau mempertahankan yang pilihan keluar dari Islam adalah kehendak sendiri dan telah dimaklumkan pada kedua ibu bapa.
7. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur.
FAKTA KES
1. Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada Lina Joy.
2. Berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2000.
3. Permohonan tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar Islam.
4. Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak mengbenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.
5. Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19-Septemebr-2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan.
6. Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam, berjaya mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan.
7. Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-mullim ~ Ketua Hakim Tun Fairiz, Dato’ Alauddin, & Dato’ Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan… HINGGALAH Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh mahkamah yang terlibat.
8. Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.
9. Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
10. Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak releven lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.
11. Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per say, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.
12. Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia attempt yang sebegitu berani & bersikap kurang ajar yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut untuk menguraikan ikatan Islam mengikut kepahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.
IMPLIKASI DARI DEFINISI "INDIVIDU"
Nampak & dengar terlalu kecil, tetapi implikasinya melampau batas pemikiran kita…!
1. Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan.
2. Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya;
 Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa.
 Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya.
 Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan perundangan Syariah sudah tidak relevent.
a. Sebagai contoh, solah boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solah yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi “bukan Islam†pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.
b. Semua badan-badan Islam tidak relevent lagi dalam perundangan semasa, sebab hak mempraktikkan secara individu diperjuangkan.
 Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng & simbol agama.
 Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam.
 Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta Solah, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan.
MENGAPA KES LINA JOY?
1. Kes Lina Joy adalah kes yang seduah lama didiamkan, tetapai ianya telah dimarketingkan diperingkat antarabangsa secara bersungguh-sungguh, adan ia adalah satu daripada ratusan ribu kes yang menanti untuk diketengahkan.
2. Kes Lina Joy adalah kes yang mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia, dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng untuk mempertahankan Islam di mana-mana sahaja, hatta mempertahan aqidah seorang muslim yang lain.
3. Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11†yang pernah berkumpul di Petaling Jaya & Melaka, dan pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir.
4. Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sister-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin-pemimpin negara yang beragama Islam.
5. Kes Lina Joy adalah attempt yang akan memberikan impact yang amat besar, dan diistilah kan sebagai “beyond our imgination†yang mana ia secara langsung mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, samaada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya, dan seterusnya mancabar hukam yang Allah SWT telah tetapkan di dalam Al Quran & As Sunnah.
6. Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan.
7. Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia, dan seluruh negara-negara besar didunia menghantar wakil untuk memberikan pressure yang besar ke atas hakim & sistem perundangan negara yang AMAT LEMAH untuk membela aqidah seorang rakyat Islam.
8. www.becketfund.com, www.malaysianbar.org.my, www.bernama.com.my menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok & dalang yang begitu kuat yang membela Lina Joy. Ianya dianggotai oleh pelbagai pertubuhan hak asasi manusia sedunia.
9. Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuun untuk memberi pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy, antaranya;
 Malaysian Bar Council
 All Women’s Action Society (AWAM)
 Sisters in Islam (SIS)
 Catholic Lawyers Society
 Interfaith Spiritual Fellowship
 Malaysian Civil Liberties Society (MCLS)
 Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS)
 National Human Rights Society (HAKAM)
 Pure Life Society
 Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
 Vivekananda Youth Movement, Seremban
 Women’s Aid Organization (WAO)
 Women’s Development Collective (WDC)
10. Wakil dari pertubuhan antarabangsa khususnya juga bercakap menyatakan pendirian & tekanan mereka ke atas mengkehendaki agama adalah pilihan 100% pada diri individu tanpa paksaan, dan membentngkan paper & kes study yang begitu panjang lebar kepada hakim-hakim yang terlibat untuk meletakkan mereka pada tahap kekeliruan yang amat tinggi.
11. Dalang utama pihak yang membela Lina Joy adalah wakil Bar Council yang beragama Islam (Malik Imtiyaz Sarwar) telah mengambil partisan stand untuk memberi hujjah yang menyokong tindakan Lina Joy tersebut tanpa mendapat restu dari Bar Council member. Malik sendiri berpendirian agar seorang Muslim dibenarkan untuk menukar agama mereka kepada apa jua pilihan mereka…
12. Suatu yang amat menyedihkan kerana tidak ada wakil daripada pertubuhan Islam yang begitu banyak di Malaysia, kecuali wakil beguam dari ABIM dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia sahaja yang bercakap mempertahankan hujah.
13. Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy di dalam mengakhiri kes itu menyebut;
“…it is time that we must knock into the heads of Malay that our country Malaysia is never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in Malaysia Islam is just a subservient to constitution…â€
TINDAKAN SEGERA
Memandangkan kes ini hanya mempunyai tempoh 6 minggu sebelum diputuskan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 28-Julai-2006, maka tindakan segera telah diputuskan untuk diambil oleh segenap lapisan masyarakat Islam, antara keputusan jangka masa pendek yang telah dicadang dan dipersetujui akan diusahakan secepat mungkin adalah;
1. Penubuhan segera kumpulan Peguam Pembela Islam (PPI) yang diketuai oleh Peguam Zainur Zakaria, bekas Presiden majlis Peguam untuk melakukan protes kepada Majlis Peguam di atas keputusan beberapa Eksekutif Committee untuk menyokong kes Lina Joy;
 Isu secara langsung seolahnya menunjukkan seolahnya Majlis Peguam adalah dalang utama kes ini setelah mereka menyatakan sokongan penuh kepada kes Lina Joy di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, sedangkan tidak pernah mendapat mandate tersebut daripada badan dan ahli Majlis Peguam yang dilantik.
 Majlis Peguam juga telah menjadi pemangkin kepada tindakan berani & kurang ajar pelbagai pertubuhan NGO bukan Islam dalam & luar negara untuk mengajar orang-orang Islam untuk bagaimana mengamalkan Islam di Malaysia.
 Suatu EGM akan diadakan segera untuk membantah dengan mendapat tandatangan lebih 200 peguam Islam yang hadir dalam perjumpaan 12-Julai-2006 untuk menghalang Majlis Peguam daripada menyebelahi Lina Joy dalam kes beliau.
 Zainur Zakaria dan dianggotai 15 peguam lain sebagai committee termasuk Kamar Ainiah, Zainul Rijal Abu Bakar, Haji Mohamad Buruk dan Dato' Zaiton Othman mewakili Persatuan Peguam Muslim Malaysia, merangkumi pelbagai bidang kepakaran dan fahaman politik yang pelbagai. Antara yang lain adalah; Dato Abu Zahar, Dato Ainuddin, Zulkifli Nordin, PaaWan Chik Marican (Peguambela utama kes), Baharuddin, Subki Yusuf, Radhi (Setiausaha NGO Melayu), Zainddin Ismail, Zainur Ridaun, Shamsuriya, Azril, Raja Mustafa…
2. Suatu website diwujudkan segera untuk menjadi rujukan kepada fakta kepada kes ini, www.peguampembelaislam.com atau www.peguampembelaislam.org, yang akan diputuskan segera mengikut kesesuaian.
3. Suatu Press Statement dikeluarkan oleh Peguam Pembela Islam untuk mendesak semua pihak yang terlibat untuk menghormati undang-undang dan menafikan penglibatan Majlis Peguam di dalam membela kes Lina Joy.
4. Perjumpaan oleh semua gabungan NGO Islam & Melayu untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan Peguam Pembela Islam serta menyebarkan kesedaran kepada seluruh masyarakat tentang isu ini;
 Kes ini ada kes yang menjadi perhatian dunia, sedangkan di Malaysia kes ini disorokkan oleh pihak media tempatan atas alasan faktor keselamatan dan sebagainya, kecuali kenyataan yang terkandung di dalam Bernama.com.my
 Umat Islam di Malaysia dari apa jua kefahaman politik dan bangsa perlu sedar dan disedarkan tenatang apa yang sedang berlaku dan implikasinya terhadap Islam, Muslim dan perjuangan Islam di Malaysia pada masa hadapan.
 Majlis tersebut akan diselia oleh ABIM yang akan diadakan di Ibu Pejabat ABIM, Anjung Rahmat, Jalan Gombak pada 16-July-2006, Jam 2.30pm. Semua dijemput hadir
5. Press Statement telah dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie, Dato’ Zaiton Osman pada Jumaat 07-July-2006 tetapi langusng tidak dikeluarkan oleh mana-mana media di Malaysia.
6. Mesej akan disampaikan melalui mimbar khutbah Jumaat pada minggu hadapan atas kebenaran daripada pihak yang terlibat.
7. Paling kurang 100,000 artikel akan dicetak dan diedarkan dengan tujuan untuk menyedarkan umat Islam tentang perkara ini dalam bentuk bertulis, dalam bentuk yang mudah dipahami kepada seluruh masyarakat Malaysia.
8. Solah Hajat diminta dilaksanakan di segenap peringkat untuk memberi kesedaran dan memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan aqidah Umat Islam di Malaysia, khususnya.
9. Usaha juga akan diteruskan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin negara serta Majlis Raja-Raja tentang implikasi dari sikap ambil tidak endah dari kes ini, serta meminta dengan kuasa yang ada pada tangan mereka untuk berusaha menyelamatkan aqidah umat Islam dari terus dimusnahkan.
10. Seluruh badan serta oraganisasi & individu mesti menggunakan setiap kekuatan yang ada untuk mempengaruhi serta menyedarkan masyarakat tentang isu ini, serta meminta masyrakat untuk mencuba sedaya mungkin mempengaruhi pihak yang terlibat untuk memastikan pekutusan berpihak kepada menjaga Aqidah Islam.
11. Pengumpulan dana kewangan segera susulan daripada dana yang telah dukumpul ketika perjumpaan peguam Muslim pada 12-Julai-2006, yang akan digunakan untuk menggerakkan bantuan kepada individu yang terlibat di dalam kes ini, termasukalah untuk mendapatkan beberapa unit notebook serta printer dan peralatan lain sekretariat Peguam Pembela Islam.
12. Mengumpul tandatangan seluruh Muslim di Malaysia untuk diserahkan kepada pemerintah dan Raja & Hakim sebagaimana yang telah dilakukan oleh NGO tersebut dengan mengumpul 20,000 tandatangan dan diserahkan kepada Perdana Menteri baru-baru ini. Amat malang tiada sebarang tindakan atau statement dikeluarkan oleh beliau, malah seorang Menteri yang terlibat dengan perundangan Malaysia juga telah melabelkan “bodoh†kepada individu yang menghalang dari usaha ini diteruskan.
13. Seterusnya, atas usaha & idea bersama yang perlu dilakukan segera.
14. Maklumat seterusnya akan disalurkan melalui group email, boleh mendaftar sebagai ahli secara percuma;
peguampembelaislam@yahoogroups.com
PENUTUP
Saudara sekalain, Allah tidak akan tanya apa hasil dari apa yang kita lakukan, tetapi Allah akan tanya kita apa yang kita lakukan untuk memastikan tanggungjawab fardhu â€کain untuk menegakkan Islam di muka bumi dilaksanakan…
Fikir & bertindak. Wassalam.
١٤.٧.٠٦
Apabila urusan agama ....
Aku nak komen beberapa hujah depa.
Kalu dah korang buat keputusan nak tolak dah la. Tak nak bg org pakai dah
la. Jgn la pertikai sunnah. Dalam islam ada perkara yg boleh diperdebatkan & ada
perkara yg wajib terima tanpa soal. Aku gerenti korang jarang mengaji. Kalu tak
korang takkan berani menghina sunnah
Yang menariknya kat sini
â€کâ€کLarangan bagi amalan yang wajib seharusnya dilihat
secara lebih serius lagi berbanding larangan kepada amalan yang sunat. Walaupun
jika kita menerima pendapat bahawa memakai serban adalah sunat, ia tidaklah
setaraf solat sunat,†katanya.
So tutup aurat tu wajib ka? Patutkah dibuat undang mengenainya? Patutkah
dilaksanakan perundangan islam sepenuhnya.?
Tapi kat sini amat melampau. Dari isu serban meleret plak ke jubah.
â€کâ€کPatutkah mereka dibenarkan memakai jubah semasa
bermain bola sepak kerana amalan Rasulullah ialah memakai jubah?'' katanya.
â€کâ€کKita tidak boleh ketepikan sistem pendidikan kita
yang membantu membentuk minda kanak-kanak Malaysia membesar menjadi rakyat
Malaysia. Tokoh-tokoh pendidikan kita perlu diberi pujian dan rasa hormat kerana
merangka beberapa peraturan sekolah demi kepentingan semua pelajar, masyarakat
dan negara akhirnya.
Iyalah dengan masalah pelajar yg pelbagai macam akibat kurangya
penghayatan agama nak puji depa lagi?
â€کâ€کMengambil kira semua faktor ini, saya dapati
Peraturan-Peraturan Sekolah 1997 tidak melanggar Perkara 11 (1) Perlembagaan,â€
kata Abdul Hamid.
Nampaknya kena ubahla perlembagaan nih
Korang kalu x nak ikut sunnah dah la. Just buat la keje korang. Ini menghina sunnah
Bacaan yg lain
Islam ditangan hakim yang jahil
Hukuman Memakai Serban dalam Negaraku Islam Hadhari
Nasib Serban di Mahkamah Persekutuan
â€کLarangan pakai serban tak perlu disensasi’
Serban: Hujah hakim didakwa hina Rasulullah - Pemuda PAS
Ratio?
١٣.٧.٠٦
Tahukah Anda?
Info Lanjut
Azlina Jailani seorang "sales assistant". Usianya kini lebih kurang 42 tahun. Dia memeluk agama Kristian pada pertengahan tahun 1990an (tak sempat semak tahun sebenar). Dia menukar namanya dengan kelulusan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada Lina Joy setelah memeluk agama Kristian. "Malangnya" bagi dia, di dalam myKadnya, tertera agama "Islam". Dia ingin berkahwin dengan seorang "cook" (Kristian). Dia tidak dapat berkahwin secara sah memandangkan pada myKadnya dia dianggap sebagai seorang Islam.
Dia turun-naik mahkamah bertahun-tahun untuk mendapatkan pengesahan bahawa dia bukan lagi seorang Muslim tetapi adalah seorang Kristian. Rayuan-rayuannya belum lagi memperoleh kejayaan.
Namun begitu Federal Court sedang mempertimbangkan isu penting iaitu sama ada Mahkamah Sivil mempunyai "kuasa" untuk memerintahkan catatan "Islam" pada myKadnya diubah kepada (kosong) atau Kristian. Soal kedua ialah sama ada pengesahan bahawa dia bukan Muslim lagi perlu dirujuk kepada Mahkamah Syariah.
Keputusan Mahkamah Persekutuan ini besar implikasinya kepada rakyat Malaysia khususnya masyarakat Islam.
Soalan saya adakah kita umat Islam bersedia menghadapi impak keputusan Mahkamah Persekutuan yang bakal keluar nanti.
Jika rayuan Sdri. Lina Joy (dahulunya dikenali sebagai Azlina Jailani) diterima, maka suatu komuniti baru akan wujud di Tanahair kita iaitu orang Melayu yang dahulunya Islam tetapi bukan Islam.
Beberapa kemungkinan akan timbul:-
(a) orang Melayu tidak semestinya Islam;
(b) akan timbul Bumiputra Semenanjung (jika anda faham maksud saya);
(c) ketuanan Melayu (mengikut tafsiran Perlembagaan Malaysia) akan tergugat;
(d) tidak mustahil akan merebaknya rumahtangga atau keluarga jamak agama!
Jika rayuan dia ditolak, akan timbul dilema berikut di dalam batang tubuh umat Islam iaitu orang Melayu yang pada zahirnya Islam tetapi sebenarnya tidak Islam. Selepas satu generasi akan timbul komuniti "Islam" yang pelik amalannya.
Renungilah juga:-
(a) betapa aktifnya golongan pejuang Islam Plural (jamak);
(b) usaha mendirikan IFC (Inter-Faith Commission);
(c) pejuang Article 11.
Susahkah kita bersedia dengan pelan tindakan?
Insaflah sebelum terlambat
Kembali bujang?
Aku induksi dulu pun buat dlm pejabat. Depa tak hantaq pi Langkawi pun. Tu yang x pueh hati tu. Tak bleh beli coklat murah byk2
Aku bujang kerana dok rumah sorang2. ط²ظˆط¬ظ‡ pi kursus, ط¨ظˆظ†ظٹ plak hantaq kat tuk/siti(mak syg) kat Baling. Bujang2 pun still ada tanggungjwb lagi. Bujang kerna berjauhan je...
٥.٧.٠٦
Mari kita sokong Palestin
Mlm minggu lepas diadakan perhimpunan membantu rakyat Palestin di Dewan Millenium, Kepala Batas. Walaupun tidak memenuhi dewan, sebanyak RM37 ribu berjaya dikumpulkan. Camna bleh sampai jumlah tu? Depa bukan bagi duit je. Jam tangan & barang kemas suma bagi. Amacam bagi yg tak pi sana(termasuklah aku-baru kelmarin dpt info).
Nak jadi suicide bomber kat sana tak mampu. Jadi Pengerusi OIC pun hanyalah oh! I See. Tgk je la. Action tarak. bagi kita yg masih punya perasaan ayuh buktikan. Jom kita boikot brgn Israel, Amerika & koncu2nya. Selagi termampu boikot teruskan. Juga berilah sumbangan ikhlas kepada Tabung Palestin di "Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia" di Bank Islam Malaysia Berhad, cawangan Taman Melawati, nombor akaun: "12113010005797".. tak mampu bagi RM1 sebulan bagilah terus RM12 utk satu tahun. Ayuh buktikan keprihatinan kita semua. ط§ظ„ظ„ظ‡ ط§ظƒط¨ط±
walaupun sumbangan kita tak seberapa at least kita tunjuk gak kita tak redha kat golongan mustakbirin(menindas) ni. Seeekor burung pipit yg berulang alik membawa air bg memadamkan api yg membakar Nabi Ibrahim. walau api tu takkan padam, namun aku membuktikan aku sokong Nabi Ibrahim & tak redha perbuatan Namrud.
sedikit berita tentang perhimpunan ini boleh didapati di sini
٣.٧.٠٦
Komen CEO Petronas tentang kenaikan harga petroluem
Bukannya kita nak sgt berkereta ke tempat keje. Public transport tak cekap. Bila naik harga, compare ngan Jepun & UK. Depa lagi mahai. Bab public transport tak compare plak. Tak cite pasai cekapnya Bullet Train kat sana sampai org kat Penang pi keje kat KL naik ketapi je. Bagaimana cekapnya tube kat UK.
Apa tindakan kita sebagai pengguna? Terima saja? Nak berdemo tak berani, nanti kena belasah. Terjemahkan protes kita dlm PR kecil atau PRU 12 nanti
p/s: nasihat aku kpd gomen staff. Kalu korang nak komen sesuatu issue terutama yg menyentuh gomen, jgn sebut nama & jabatan hangpa. Nanti ada yg report memang kita kena tindakan tatertib. Tapi kalu puji depa tak pa. kalu dah betui2 berani silakan saja.