٢٦.٧.٠٦

Beramal di bulan Rejab

Alhamdulillah. Hari ni dah masuk 1 Rejab. Bulan Allah. Jadi inilah peluang kita.
Banyak hadis yang menceritakan akan kelebihan bulan Rejab. Cukuplah aku bagi satu hadis. Lagipun hadis ni aku terima sendiri dr tok guru aku. Walaupun takde salsilah, tp cukuplah daripada aku sekadar membacanya sendiri sahaja.
Inilah hadisnya
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:
"Ketika
kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan
Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT.
Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?"

Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur
mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas
mereka."


Sabda Rasulullah SAW lagi: "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu
berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja
di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur."


Tsauban bertanya: "Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan
beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?"


Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya
sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari
dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH,
kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan
solat malam satu tahun."


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya'ban adalah
bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku."


"Semua
manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi,
keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya'ban dan bulan
Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus
bagi mereka."


Berpuasalah satu hari dan tahajud satu malam (plg lekeh la), nescaya Dia akan membalasnya. Moga Allah memberi kekuatan kepada kita semua. Amin

هناك تعليق واحد:

KakNi يقول...

Kat office ramai yang tak perasan hari ini 1 rejab, termasuklah saya.

Sama-samalah kita cuba sedaya upaya untuk memperolehi keberkatan dari Allah