Bukan Islam boleh doa ikut cara sendiri: Kabinet
Kabinet telah mengarahkan agar pembacaan doa di majlis-majlis rasmi yang turut dihadiri bukan Islam dilakukan dengan cara yang turut juga menghormati amalan agama mereka.
Selama ini kita tak pernah memaksa non-muslim berdoa bersama kita. Aku kat sekolah dulu pun cha ya nun alif n alif ya nun dal ya ramai. Tiada paksaan.
“Di tabika-tabika perpaduan, arahan sudah dikeluarkan supaya bacaan doa tidak diamalkan. Ada guru-guru yang berasa seronok apabila kanak-kanak bukan Islam pun boleh mengikut membaca doa, tetapi saya ingatkan mereka bahawa itu sesuatu yang melanggar etika kerana mereka masih kanak-kanak.
Habih la selepas ini. Kalu nak ajar anak kena la pi Pasti, Taski, Taska atau mana2 kindergarten islamik. Kalu takat ajar baca doa makan dlm bm non-muslim pub bleh baca. So pas ni kalu nak anak-anak reti baca doa makan, doa qunut dsbnya carik la selain Tabika. Jangan salahkan ibu bapa yang x nak hantar anak-anak ke Tabika pas ni ye...
Makin kurang la kita nak berdakwah kepada non-muslim. Sudahlahlah media pun dok gila ngan hiburan sahaja.
p/s: yang peliknya idea ni timbul dari Pengarah Tabika yg Melayu Islam. Seronok la non-muslim. Tak yah mintak pun kita bagi.
Yang aku bimbang tentang musuh islam ni ialah yg dari dalam. Kalu yg luaq mudah kita nak tentang. Kalu musuh seagama, bekerja bersama, duduk bersama tapi mimipi lain2 camna?
qoute: Pokok besar takkan tumbang dengan kapak sahaja. Ia tumbang dengan bantuan hulunya yang juga dari kayu.
١٤.٢.٠٧
الاشتراك في:
تعليقات الرسالة (Atom)
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق