٢٩.٥.٠٧

Blog akan bercuti lagi...

Mulai esok blog ini akan bercuti selama seminggu setengah iaitu hingga habis cuti sekolah. Esok hingga hujung minggu ni aku akan berada di rumah mertuaku di Baling. Lusa adik iparku akan menamatkan zaman keterunaannya..

Minggu depan aku akan bercuti selama seminggu ke Tg Malim.4-5 jam perjalan ikut jalan lama. Alang2 aku balik ke rumah mak aku lajaklah terus selama seminggu. Rumah kak sulung aku kat Sungkai, mak aku kat Sg Behrang, kak kedua aku kat Tg Malim, sepupuku di Bukit Beruntung & abg iparku di Bangi. Fuh! Jalan sakan. Duit pun sakan habih la... hu3

link silam
blog menyepi

٢٨.٥.٠٧

Renungan IV

Hidup yang hanya memikirkan kecantikan diri, adalah falsafah hidup burung merak. Cantiknya lebih, manfaatnya tidak setara. Daging tidak dimakan, burung lain enggan berkawan. Terbang tak setinggi mana, lagaknya mendabik dada. Merak hanya ada kecantikan yang dimodal untuk dibanggakan… jika harga diri merak adalah pada cantiknya semata, apakah harga diri seorang insan juga bergantung kepada paras rupanya? Insan lebih mulia dari itu…

Artikel penuh boleh didapati di sini

tambahan
Renungan I, II dan III

٢٤.٥.٠٧

Mari mengira

Dengan kenaikan gaji kakitangan awam, kerajaan terpaksa menyediakan tambahan sebanyak 4 bilion untuk tahun(6 bulan) ini atau 8 bilion untuk tahun depan. Banyaknya. Tapi hanya 1.02 juta rakyat(kakitangan awam) yang merasainya secara langsung. Bagaimana kita hendaklah 23 juta penduduk Malaysia semuanya merasai secara terus? Jika kerajaan menggunakan 8 bilion wang tersebut untuk subsidi minyak maka

- semua lapisan masyarakat dapat merasainya. Maka inflasi akan berkurangan kerana kurangnya pesta naik harga kerana minyak naik(semua barang guna minyak)
- kroni2 BN akan kelaparan kerana tak dapat projek
- kecurian(curi kabel telefon, kepala paip besi dll) akan berkurangan kerana desakan akibat kos sara hidup tinggi dapat diminimumkan. Maka masyarakat akan lebih aman.
- wang yg dapat dijimatkan boleh digunakan untuk tabungan atau perkara2 berfaedah rakyat jelata. Cthnya.

sekian nukilan dari rakyat yg buta ekonomi. Bukan bakal lulusan pakar ekonomi.

p/s; Pakar ekonomi kita boleh jawab ka?

update 28/5/07
cik akira ada mengulas isu yang saya timbulkan. Silalah ke entry ini di blog beliau(ramai peminat betui anak dara Jawa Johor ni..).

p/s:
untuk Cik Akira
- saya tak belajar ekonomi detail cam cik. Paling tinggi saya pernah belajar ialah subjek ekonomi form 6(2 bulan je...) & Ekonomi Asas masa diploma dulu je. Mana nak setanding dengan bakal grad economist kan?

bacaan tambahan
1. Sepatutnya turut turunkan harga barangan asas, bahan api. Bagi saya tajuk ini sepatut diselitkan perkataan "juga" antara turut dan turunkan pada tajuk artikel ni..

2. Mana Lebih Baik : Boikot Barang atau Boikot Kerajaan?

٢١.٥.٠٧

Gaji naik...

Confirm dah pekerja gomen dapat kenaikan gaji antara 7.5% ke 35%. Aku dapatlah increament 25%. Alhamdulillah. Dengan kenaikan petrol, tepung dan segala macam mak nenek barangan, kenaikan ini amatlah membantu. Elaun cola plak naik 100%. Sujud syukur.

Insya Allah sebahagian increament tu aku tambahkan sebagai deposit tetap ke akaun ibu aku.Mungkin tak terlewat untuk dijadikan sebagai hadiah hari ibu yang lalu. Tambahkan kepada ansuran kereta dll lagi

soalan:
- Apa insentif yang kerajaan akan bagi kepada pekerja swasta? Kepada penanam anggur(pengganggur) camna plak?
- Adakah pelbagai insentif kepada rakyat(juga pembayar cukai) akan ditarik balik dalam budget 2008 nanti? Moga ini tak berlaku.
- Adakah aku akan mengundi BN(Umno kat DUN/Parlimen aku la ni) dalam PRU12? Jangan harap! Cuma aku sebagai kuli gomen akan menjalankan tugas lebih gigih, insya Allah

Gambaran dosa mengumpat..

Jangan nanti terjebak pada kejahatan lisan yang diterjemahkan oleh tangan, pada menyatakan perkara yang sia-sia, apatah lagi yang mengundang dosa. Lihat sahaja video klip di bawah:



Loadhttp://ing...


movie & artikel asal terdapat di sini

p/s:
- setahu aku movie kat youtube ni takleh download. Tapi kat saifulIslam ni bleh plak download.Nak kata pasai aku guna Ubuntu dak gak. Member aku yg guna WinXp pun bleh download. apsal ye?

- patutnya video ni bleh tgk kat web aku. Tapi tak bleh pun. Padahal aku copy 100% script dr saifulislam. Apsal tak leh?