١٣.٢.٠٧

Uniknya Darul Sunnah

Kelmarin aku pi Perlis hantar adik ke Institut Perguruan Perlis(IPP). First time aku mai situ aku nampak beberapa keunikan yg takde kat negeri lain(Kedah, Perak, Selangor, Kelantan & Terengganu)

- masjidnya(sepanjang jalan dari Sanglang ke Kangar) semuanya bercat kuning & biru. Warna bendera Perlis)

- masa kat simpang empat nak gi ke Arau, Kangar, Kuala Perlis dari selatan aku tak nampak pun signboard ke IPP. begitu juga dari Kangar ke IPP(jalan lain). So ini satu elemen tak mesra pemandu/pelancong. Punya la banyak signboard kat situ. Tapi takde langsung signboard IPP. Nak sampai IPP baru ada signboard. Itupun terlajak terus ke Kangar. Tanya 2,3 orang baru jumpak.

- paip-paip(yg kecik tak termasuk) air di tepi jalan semuanya di cat biru. Ada plak tulisan cam Perpecahan sesama kita merugikan ummah(contohnya. aku tak ingat). Pergh! Memanfaat sumber sedia ada. maybe sebab tu tak banyak papan tanda kot.

- Dari Sanglang(kat Perlis bukan Sanglang, Kedah) kiri kanan jalan nampak bunga kertas je. Pelbagai saiz & warna. So terus berkenaan. Masa kat Kangar jumpa satu nurseri. Memang banyak bunga kertas kat situ. Tanya la berapa harga sepokok polibeg. RM4 satu beg. Mahai siot. Dengan begitu banyak ditanam bunga kertas dlm serata tempat RM4? Kat tempat aku bleh dapat 3 beg RM10. Tanya punya tanya kuli tu kata yg bunga tu dibeli dari Pulau Pinang. Patut pun. So aku syorkan MB perlis wujudkan satu nurseri yg khusus mengkaji & menjual bunga kertas. Jangan bimbang. Kalu bleh dapat 4 beg RM10 nanti aku beli bila aku pi sana lagi.

- Maya Karin kat situ(aku lupa bawak kamera) dgn pose berkuasa dengan rambutnya yg panjang mengurai. Maybe inilah kelebihan utama Darul Sunnah? Tapi kat sebuah negeri pantai timur dia bertudung. Maybe yg tudung ni bukan sunnah?

Maya Karin di Kelantan

Ada sesiapa nak share/komplen? Terutamanya orang perlis.

p/s: nanti aku pi Perlis lagi kalu aku bawak kamera aku tangkap gambar Maya Karin, paip-paip & masjid-masjid unik tu ye...Nanti korang semua bleh tengok, Insya Allah

هناك تعليقان (٢):

KakNi يقول...

Nape ek? Tadi bukan main panjang lebar dah aku menulis tapi tak nak keluar. Malasnya nak tulis semula.

BTW, betul tu Joe, semua nya kalau boleh nak dicatkan biru kuning.

Sekali pandang ingat tandanama jalan rupa2nya ayat2 pendek seperti 'AllahuAkhbar' dan terjemahannya, 'Bismillah' dan terjemahannya, memang macam tu kalau kat sana, kat S'ngor ni memang tak pernah nampak lagi la.

shafarina يقول...

Kalau lalu bawak jambatan, setiap batu2 tu kaler dia berlainan. Memang kreatif.. macam takde keje lain lak depa.

Tapi, menarik.