٢٤.١١.٠٥

Tazkirah

Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:
1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja. yg aku faham ialah kontrak yg dibagi sesama kroni secara tidak telus.

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa). kerana nak elak dari cukai pendapatan bukan kerana kerelaan

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri. cth kes penyelewengan duit PPRT dulu

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri. cth. apabila gaji isteri lebih dari suami

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing. bukti? Makin banyak rumah org tua didirikan

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri. cth tu yg kes lari dari nikah kelmarin sayang lagi boipren dari mak bapak dia...

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising. cth. Long Wan Parit Buntar ni pasang muzik cukup kuat. kami yg masuk pun terasa bingit

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid. khutbah Jumaat lebih banyak cite pasal had hari(tamadun) dari hal2 akhirat

9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka. cth Ketua Briged Putera Umno yg auta dengan Phd/Masternya(lupa plak yg mana satu).

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya. cth kes Bekas Ketua Kastam mintak maaf kat Najib

11. Apabila arak menjadi minuman biasa. cth kat 7eleven 24 jam kat Pahang sekarang ada dijual

12. Apabila lelaki memakai sutera. yg aku faham ada sutera walau sikit pun haram. Kan ramai datuk2(bila depa dapat cucu?) pakai baju sutera?

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki. cth Konsert Siti Nurhaliza kat Royal Albert Hall London

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik. cth cam Siti Nurhaliza main gitar dalam iklan Maxis 3G tu la.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu. cthnya Astora Jebon. Hasan Albanna, iman mazhab yg 4 pun dikomplennya. itu tak betu ini tak betul.

maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.
Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri.
Oleh itu, sama-samalah kita kembali kepada tatacara hidup seperti yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

p/s: aku bagi contoh berdasar kefahaman aku sendiri. Mana korang rasa sesuai terima je lah yek

هناك تعليق واحد:

Ni يقول...

aku kurang setuju yg no. 4 tu sebab takkanlah sbb gaji bini tinggi dari laki kiranya laki dia tu ikut ckp bini- mebbe increment bini lagi tinggi setiap tahun

tapi keseluruhannya aku suka entry ko yang ini