٣٠.١٢.٠٥

Muhasabah diri

Dalam hadisnya, Rasulullah saw meriwayatkan bahawa: “Seseorang akan tergolong dalam golongan orang yang â€کrugi’, apabila hari ini sama saja dengan hari semalam, tergolong dalam golongan ’celaka’, apabila hari ini lebih buruk daripada hari semalam dan tergolong dalam golongan â€کberuntung’, apabila hari ini lebih baik daripada hari semalam."


    So menjelang tahun baru Masihi(Tahun kelahiran nabi isa)kalu nak muhasabah diri silakan.Sepatutnya kita muhasabah diri setiap malam sebelum tidur.


-Fikir apa benda maksiat, pahala yg aku telah buat. Mana lagi banyak maksiat atau pahala?

- Berapa kali aku istighfar hari ni. Berapa banyak ayat suci yang telah kita baca

- Maafkan segala dosa org kat kita


Umat Islam harus cemerlang

Hari ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa

Siapa kata kita tidak boleh

Kita ada Allah Maha Kuasa

Kita punya kuasa tenaga

Doa sebagai senjata

Umat Islam sentiasa boleh.


Lirik lagu menuju Wawasan oleh Firdaus


p/s: toce kepada NI dengan entry Renungan Hari Jumaat . So dapat idea nak tulis.Jazakallah hukhairan jazak

٢٩.١٢.٠٥

Apa fungsi Raja Melayu?

Adakah hanya ketika


- merasmikan sidang DUN negeri
- merasmikan upacara rasmi kerajaan cam rumah terbuka krismas (Agong rasmi)& sambutan merdeka?

atau hanya sebagai simbolik sahaja?

Sedih kerana masa banjir tu tiada satu sultan (termasuk pemangku raja Perlis) yg datang menziarahi mangsa banjir. (Betulkan saya jika saya tak tahu.) Memang depa tu pun tak leh buat apa2. Tapi mai la tunjuk simpati kat mangsa banjir. Ada org kata mai atas sebab politik? Lainla kalu UMNO,PAS & KeADILan yg bagi....

p/s: Cik Ni - Berapa hari lagi nak tunggu Agong mencemar duli mai lawat mangsa banjir peghelih?

٢٧.١٢.٠٥

Adakah ini akan berlaku

- suma sambutan tahun baru dibatalkan. Perbelanjaan menyambutnya disalurkan kepada suma mangsa(tak kira parti asalkan layak) banjir besar di Kedah, Perlis, Kelantan & Terengganu
- kerajaan menyambut tahun baru dengan mengadakan kenduri tahlil & bacaan yasin.
Kan Malaysia ni negara Islam?
- kerajaan mencontohi Indonesia & Arab Saudi yg mengampun/meringan kesalahan banduan setiap kali kemerdekaan negara
- kerajaan mencontohi negara barat yg membenarkan demonstrasi aman yg diawasi oleh polis
-dll(banyak sangat la...). Maybe blogger nak tambah?




Daripada Abu Abbas, Abdullah bin Abbas RA telah berkata: Pada suatu hari sedang saya berada di belakang Nabi SAW (di atas binatang tunggangannya), ujar baginda:




 



Duhai anak kecil!
Sesungguhnya aku akan mengajar engkau beberapa perkataan: peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memeliharamu; peliharalah (kehormatan) Allah nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata; jika engkau meminta tolong, mintalah hanya kepada Allah. Ketahuilah bahawasanya, jika semua umat manusia berkumpul untuk memberimu suatu manfaat (kebaikan), nescaya mereka tidak akan mampu memberikan manfaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah. Begitu juga, jika mereka berkumpul lagi untuk menentukan sesuatu mudharat (kecelakaan) untukmu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan sesuatu yang telah ditentukan Allah ke atasmu. Telah diangkat kalam (tulisan) dan telah kering (tinta) buku catatan

– Riwayat Tarmizi

Bagaimana Menjadikan Diri Cergas & Bermotivasi?

Amalkan membaca wirid al-mathurat (الما ثؤرات) di waktu pagi & petang. Buku kecil ini mudah didapati di kedai/gerai menjual buku/kaset agama


Kesannya(pengalaman diri)-
- mudah untuk bangun pagi wp tidur malam terganggu kerana membuat susu anak
- tak mengantuk. selalu kul 9-10 pagi kena tidur sat(he3 curi tulang ckit)
- badan terasa ringan untuk membuat kerja2 seharian

Amaran:

- Cuba amalkan (istiqamah) selama 40 hari berturut2. Sebelum 40 hari anda akan merasai mengantuk yg amat sangat ketika membaca wirid ini. Lawan perasaan ini

p/s: - kesan yg dialami mungkin berbeza bergantung kepada individu. Untuk mudah membacanya dapatkan kaset Al-Mathurat Dr Badrul Amin. Ketika dalam perjalanan pergi/pulang ke tempat kerja pasangkannya utk bersama2 mengalunkan dengan kaset.
- perempuan yg datang bulan boleh mengamalkannya kerana ini hanyalah wirid sahaja

wallahua'klam

٢٢.١٢.٠٥

Bagaimana Kita sambut tahun baru 2006 nanti?

Tahun 2005 kita batalkan suma sambutan menyambutnya kerana menghormati mangsa tsunami, Tahun 2006 adakah kita akan menyambutnya semula? Perlukah kita hormati mangsa banjir di Pantai Timur & Utara Semenanjung?

Yang pasti setiap kali menyambutnya banyak yang akan habih. Duit banyak habih untuk bunga api(tak sampai belasan ribu tak sah) cam kat Dataran Merdeka & Padang Kota Lama. So takyah sambut tahun baru lah ye.. So kerajaan bleh guna wang tu untuk beri bantuan pada mangsa banjir.

  MAS juga boleh menderma.RM1 juta (jual balik lukisan RM1.5 juta tuh) & RM200 ribu (bagi gaji kat Chris Andrews RM50 ribu sebulan dah la ye..) kepada mangsa2 banjir. Yang tu pun bleh menaikkan imej korporat mereka kan?


p/s: Masa heboh warganegara China kena ketok ketampi Malaysia minta maaf kat China. Bila warga China tukar jadi warga melayu Malaysia nak minta maaf kat sapa plak?

  

٢١.١٢.٠٥

Dimanakah dikau..

Dimanakah dikau berada,
Tika banjir mula melanda,
Kelantan, Trengganu, Perlis & Kedah semuanya kena,
Hanya TPM sahaja yg menjenguk muka

Kelmarin EAS sudahpun berlalu pergi
Namun satu negeri pun belum kau jejakkan kaki
Kami menunggu kau munculkan diri
Melihat sendiri kesusahan kami

Kenapakah tidak disytiharkan lagi kawasan bencana
Agar bantuan dapat disalurkan dengan segera
Semua agensi datang menerpa
Memberi bantuan tak kira siapa....

p/s: maybe ada sambungan lagi....

٢٠.١٢.٠٥

13 anak penoreh getah berjaya masuk universiti

UM kelmarin menyiarkan kisah kejayaan suami isteri menghantar 13 dr 17 anak mereka masuk U. Sila klik
sini untuk berita sepenuhnya.

 Mungkin ini rezeki depa. Depa dah berusaha & Allah
mengabulkan permintaan.

Kesimpulan dari kisah ni

- dia mendisiplinkan anak dengan rotan. Bagaimanakan kita mendisiplin anak kita? sanggup guna rotan?

-
suma anaknya bersalin di rumah. maybe sebab makan jamu sendiri? sanggupkah bini kita makan jamu?


p/s: Moga anak-anak kita & kita mendapat keberkatan
dengan kejayaan hidup di dunia & akhirat.  Amin


وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً


وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


[2:201] Dan di antara mereka ada orang yang berdo'a: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka"

١٩.١٢.٠٥

Anak-anak la ni...

Kalau tak salah BH Khamis lalu ada siarkan berita Mahkamah Syariah Kota Baru meluluskan permohonan seorang anak dara(try cari dlm arkib online seminggu tapi tak jumpa). Wanita itu itu bekas pelajar UiTM (tak habih belajar kot?). Nak menikah gak dengan teman lelakinya. Bapanya tak bersetuju(tak berkenaan la..) So bawak la kes tu ke mahkamah. Tu tak kira kes kawin tak jadik. Dah 2.3 kes masuk paper. Tak suka tunang la. Mak Pak paksa la. Macam2 ada!

  Aku dulu masa bujang cukup marah bila anak nak kawin mak pak tak bagi. Dah depa tak tahan... bagi je lah. Maybe coz aku pun dulu tak bape tahan(he3 aku pun dulu bujang...). Tapi bila dah kawin & then jadi baba(ayah) otomatik my view change. I think with old man view.

 Ye! Anak kita nak kawin. But can we accept menantu kita when first we met he/she a lot of things we dislike? Perangai budak2, keje tak tetap, tgh mengaji la dll. Kita pikiaq masa depan depa(wp semuanya kuasa Allah). Benda nampak senang. Tapi bila terkena kat batang hidung?

  Anak MJ(aku dah cite pasal MJ dlm entry sebelum nih) galak nak menikah dah ngan sorang balak. Lama dah kawan. MJ takde problem(wp ade sikit kureng). PJ langsung tak berkenaan. Dia muda lagi dr anaknya(2 thn). Tak keje tetap. Mengajar budak2 mengaji je... Banyak lagi la isusses lain. Aku & syg pun tak berkenaan. Bukan apa sebelum ni depa banyak kali dating senyap2. Mak pak dia tak tau. kami tau. Kesian kat depa. Ingatkan anak depa tak buat keje lagu tu. Depa every week ngaji kat Pondok Ust Mutallib kata Bkt Indera Muda, BM. Baru2 ni plak family balak tu beria2 nak mai berkira dah

  So apa pendapat Mak Hariz, Rojak Buah, Entahlah, Jiwa Rasa & other blogger tentang nih. Kalu korang jadi MJ or PJ apa korang akan buat. Terima atau tolak? Aku pun serabut! Coz PJ tanya pendapat aku. Aku kenai betui PJ & anak dara dia tuh. Iskh problem...


p/s: to Mak Hariz & others. Aku tak wajibkan/kisah  korang beri komen kat blog ni. Up to u. Tak kisah punya... Korang sanggup baca entry pun kira dah cukup baik

١٥.١٢.٠٥

Kes tahanan bogel II

Tak nak ulas lagi dah coz inquiry belum habih. Just nak komen.

- jangan kita mengulangi perangai gopoh gapah sebelum. I mean jgn fired kat Teresa Kok, konstabel lelaki & wanita & wanita melayu(miss x) tu. Kang tetiba tukar cite kena wanita india kang... Melompat plak Samy Vellu.

- Pak Lah sound je pengarang2 paper Malaysia nih jangan buat ulasan. Just cite bab perjalanan inquiri(tak boleh guna penyiasata?). Banyak sangat burung kakaktua yg bercakap.

- kepada burung2 tu jangan cakap lebih2. Cam analogi ni. Kalu dia tak cakap mungkin bodoh. Kalu dah cakap confirm bodoh!

- habih inquri ni bawa kes ni ke mahkamah. semua yg terlibat harus diadili. Yg menyebarkan video clip, membuat tuduhan dsbnya.

p/s; tapi aku masih tak percaya pompuan tu org melayu la. Kalu mix maybe...

Perlukah blog ni mencapai tahap hits?

Terima kasih kepada entahlah yg beri komen. Cuma bagi saya tak kisahlah ada org nak komen ke tak. Yg penting ada gak org yg sampai & jengah2 kat sini. Nak jadi hits? Banyak komen? Boleh! tapi saya kena la focus kat cite2 merapu, lawak atau ade ringan ckit2. Tapi bagi saya, saya rasa benda tu tak perlulah dishare. Silalah jengok ke blog2 yg lain. Saya serius? Tidaklah.Kekadang merapu gak.

Sebelum ni saya mskkan entry ringan2 ada gak org yg komen. Bila mula serius maka tiada yg komen. Takpelah kalu hanya memblog (baca je). Kan

Ditakdirkan tiada siapa menjengah blog nih(kecuali owner dia je) saya tak kisah. Yg penting (rasanya) bagi saya dah berdakwah dengan kemampuan saya nih. Jangan tanya asyik aku je yg dakwah org lain dak, aku gagal menarik org lain(sebab tiada komen?). Ahirat nanti Allah tak tanya sama ada hang berjaya atau tidak, Dia akan tanya ada tak hang dakwah pd org. Moga usaha yg sedikit ni mendapat ganjaran keredhaan Allah. Insya Allah

Rasulullah bersabda : Jadilah orang yang mengajar, atau orang yang belajar, atau jadi orang yang mendengar atau hanya orang yang suka akan ilmu. Dan janganlah menjadi yang selainnya.



Baik buruk semua dari Allah. Cuma kita yg memilihnya. Wallahua'lam.

١٤.١٢.٠٥

Kes tahanan dibogel

- Mula dikatakan rakyat China diarah berbogel. Lalu sorang Menteri pi la ke China mintak maaf. Pas tu siap nasihat Imigresen/Polis berilah layanan berhemah kpd pelancong terutama dr China. Apsal tak siasat dulu? Kan hanya baru dakwaan? Yang pelik semua akhbar highlightkan isu nih. Biarlah siasatan(harap2 telus) dibuat dulu.



- Kemudian dikatakan pompuan melayu plak?padahal kalu tgk gambar(sapa yg tgk je termasuklah aku!) Rasanya takde melayu yg kaler camtu.


- Apsal dedahkan nama & wajah konstabel wanita Melayu tu?
Patutnya jgn la dedah cam tahanan tu dulu. Kesian org melayu. Apsal depa tak bela cam kes kat Zouk & Jeslina dulu?



- Kes ketuk ketampi. apsal tak disuruh pompuan tu mengadap sel & bukan konstabel tu? Rasa dari tengok kemaluan(depan) org baik tgk dubur. Nakasone /Mid Man/ Matsuhita/ Mid Din/ Dolah Zin bagi lah fatwa.  Itupun kalu dikatakan darurat



bagi aku la isu ni menunjukkan kita mudah melatah, tidak peka tang maruah rakyat (bangsa) & tak berani nak ulas

(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: " Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)". Al-Kahfi,18:10/i

١٣.١٢.٠٥

Bandingan dunia & akhirat

 

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ
الآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ


[6:32] Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?


Dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin dan surga
bagi orang kafir."(HR. Muslim)



So ayuh jadikan dunia sebagai alat bukannya matlamat.
Allahu Akhbar

١٢.١٢.٠٥

Al-Kulliyah

 Ptg Jumaat 9/12/5 pas sampai rumah bukak tv. Tgh tayang Al-Kulliyah
TV3. Tajuk ialah Sedekah Wajib (Zakat la..). Masa bukak soalan ada la
sorang mak cik tu tanya. Perlukah/wajibkah kita keluarkan zakat pada PPZ
je? Kat org lain bleh?Yg sheikh sorang kerja kat PPZ Selangor selambe je jawab. Masa zaman nabi Umat Islam bayar pada baginda. Zaman Abu Bakar sampai sanggup berperang memerangi org yg enggan keluarkan zakat. Tapi takde plak dalil/hadis yg dia sebut. Just qias je.Maka Tidak wajib membayar zakat pada pemerintah semata-mata. So kesimpulan wajib keluarkan zakat pada pemerintah je. Yg sorang lagi(iman Masjid Putrajaya kalu tak silap) plak lagi hebat. Zaman Umar semua keluarkan zakat pada pemerintah je. So kerajaan islam pada tu cukup kaya hingga tiada orang miskin. mai zaman Osman & Ali plan kurang. Tiba zaman Muawiyah dia mewajibkan zakat pada pemerintah je.. Tapi Muawiyah dikenali dengan sikap berfoya2. Bolehkan kita keluarkan zakat padanya? Tugas kita hanya keluar zakat. Kalu depa tak amanah itu depa punya keje. Kita dah selesai.. Pas tu keluar dalil wajib taat pada pemerintah.

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُوْلِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ

فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ
فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا


Ayat ni pun tak baca habih. Camna ayat  sesudahnya?.
Makna tafsir penuh ayat ni ialah

Wahai mereka yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan uli al-Amr dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan ar-Rasul (as-Sunnah), jika kamu benar beriman dengan Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu yang paling utama dan paling baik akibatnya (59)" [Surah an-Nisa' ayat 59]

Macamna kalu kita tahu pemerintah tu zalim? selalu seleweng duit? bleh kah kita serahkan duit kita? itu subahat namanya. Kan dalam islam cendurung pun dilarang.



وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ
وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ




audio
[11:113]
Dan janganlahkamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang
menyebabkan
kamu
disentuh api neraka, dan sekali-kali
kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.


Camna hadis ni plak


عن عبد الله بن عمر
رضي الله عنه عن النبي: السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ
فِيْمَا أَحَبَّ أوْ كَرِهَ ، مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَّةٍ فَإِذَا أُمِرَ
بِمَعْصِيَّةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَة .


Dari Ibn `Umar r.a.: "Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara
maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat. "

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Takpelah kita dah biasa sangat dengar(puak2 tu la). Citela lah plak bab wajibnya menegakkan Hukum Syariah,
membiarkan arak berleluasa apa hukumnya? dll.


 


p/s: Ada masalah nak susun ayat al quran/hadis dlm blog ni nih. Tak tau camna nak susun supaya dia elok satu line..

Bila Hati telah retak...

Pernah tengok filem bila hati telah retak lakonan Rubiah Suparman? Kisah bagaimana seorang isteri dpermainkan oleh suaminya. Apabila suaminya ingin kembali ia mengungkapkan ayat famous ni..
Aku nak cite pasai sayang(my wife). Last week kami balik ke rumah Mak Jang. Before that last week we has been knowed that Naqibah has shifted yo our room(first night room- he3). We don't mind about that coz only sometimes we go back there.

That night sayang told me what she hass seen at our my room. She was very sad coz all of our things included baju-baju telah dikeluarkan dr bilik tersebut. Boleh rasanya kalu brg2 tu diletak setempat dlm almari bilik. Bukannya banyak sangat baju kami. Tambahan plak all the things in that room(king size bed, cupboard & set board(meja solek) semua hubby(aku la tu) dia yg beli. So hati sayang telah retak. Dia pun tak de semangat dah balik ke KS pas nih. Mak Jang maybe don't think about this issues.

So kpd blogger yg ade idea camna nak settle issued ni blehlah send komen
kat aku.

٩.١٢.٠٥

Renungkanlah....

Saya telah menerima email ini dan ingin berkongsi dengan anda yg mungkin belum membacanya.

Pernahkah anda menatap wajah orang-orang terdekat dengan anda ketika ia sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali sahaja menatap wajah-wajah ketenangan mereka ketika sedang tidur.

Ketika itu yang kelihatan adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari
seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung, di layar perak, di kaca tv begitu
cantik dan gemerlapan pun boleh jadi akan kelihatan sederhana dan jauh berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur, tidak akan kelihatan wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda ketika beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu sasa dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat diwajahnya. Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar

Sekarang, beralihlah. Lihatlah ibu anda. Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana tempaan hidup yang keras. Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan

Cubalah menatap wajah orang-orang tercinta itu : Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Abang, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya. Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan ketika menatap wajah yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.

Pengorbanan yang kadang2 tertutup oleh kesalah-fahaman kecil yang entah kenapa selalu sahaja nampak besar. Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu dapat kelihatan lagi melalui wajah-wajah jujur mereka ketika sedang tidur.

Pengorbanan yang kadang2 melelahkan namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata : "betapa lelahnya aku hari ini". Dan penyebab lelah itu? Untuk siapa dia berlelah-lelah? Tidak lain adalah kita. Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, abang, adik, anak, dan sahabat yang telah melalui hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka.

Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan seketika terganggu jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika keesokan hari mereka; orang-orang yang dikasihi itu tidak lagi membuka matanya, selama-lamanya... ..

If you can touch it and you can see it, it's REAL

If you can touch it but you can't see it, it's TRANSPARENT...

If you can't touch it but you can see it, it's VIRTUAL...

If you can't touch it and you can't see it, it's GONE...

artikel asal terdapat di http://tranungkite.net/ bertajuk Sayangilah mereka sebelum mereka pergi untuk selama2nya bertarikh 3/10/05
p/s: Petua ni amatlah baik sebagai cara mengeratkan kasih sayang dalam  sesebuah keluarga. Tak susah diamal kan?

٨.١٢.٠٥

Pengalaman mendewasakan diri

Sebaik-baik guru ialah pengalaman. 2 ungkapan yg amat memberi erti padaku. Aku merupakan anak ke 4 dr 6 beradik. Sekolah menengah di Tasek Gelugur tinggal bersama Mak Jang( ibuku Mak Lang). Depan rumah dia rumah Mak Ngah, di kiri rumah Mak Su, di kanan rumah  Mak Cik dan didepan rumah Mak Cik rumah Pak Tam. Dua-dua mereka sepupu dengan ibu, Mak Jang, Mak Ngah & Mak Su.

 Anak Mak Ngah ada 5 org. 3 pompuan & 2 lelaki(sorang meninggal coz eksiden). Suma dah kawin. Ada 11 anak buah belah Mak Ngah. Belah ibuku saja ada 9 org termasuk my twin bunaiya. Pendidikan Islam (after this education) memang merupakan main factor dlm diri & keluarga. Sorang anak MN selalu(dulu la) selalu bergaduh dengan laki dia. Sorang lagi bila balik rumah memang tak duduk lama dan jarang nak tidur rumah mertua dia. Ada la faktor minor lain but bagiku education is priority. Bagiku on my side cuma sorang cousin je yg educated(anak mak ngah) & Mak Jang. Tak pernah lagi aku dengar family depa ni dilanda ribut Katrina, Rita or Andrew. Takat tergeser tu biasa la. Sedangkan lidah lagi tergigit....

 Yang aku cukup kenai ialah family Mak Jang aku coz aku dok ngan dia hampir 8 tahun. Islamik dia luar & dalam. Pakaian & pergaulan keluarga semua educated. Bila waktu bleh mengaji tiap malam dia mengaji. Anaknya 3 org pun diasuh sepertinya. Hangpa ingatYvonne Ridley, muslimah yang memeluk Islam setelah beliau ditangkap di Afghanistan dan mengatakan bahawa kekeluargaan Islam adalah yang terbaik, sebagai "a good Muslim. Camna dia memeluk islam. Bagaimana layanan Puak Taliban akhirnya membolehkan Allah memberi hidayat padanya memeluk islam.

 So jadikan Islam sebagai Ad-Deen. Dari bangun tidur,masuk tandas, kekeluargaan, pendidikan & politik semuanya islam. So yg kata Hinduism is a way of light & sebagainya semuanya auta

٧.١٢.٠٥

Tok Bon & Apek Cina

Apa korang terlintas bila tgk bon & apek cina makan sama2  kat restoran/gerai tepi jalan? Yg bond tu plak tak pakai badge Saya Anti Rasuah. Adakah bon tu tak kenai cina tu? Adakah depa sepejabat? Masing2 tak punya kepentingan satu sama lain?

Aku td masa sarapan kat satu gerai nampak 4 bon & 2 apek(muda lg) makan
semeja, Pengalaman aku masa study diploma dulu. Ada sorg apek dlm kelas
straightly cakap kat our lecture that he will give him money as long as dia 
pass paper lecturer tu. Depan kami suma. Tetiba aku teringat tu bila melihat bon & apek cina tu... Apa komen korang?

glosari
tok bon - polis

٦.١٢.٠٥

Adibah Noor Bertudung? Alhamdulillah


Sejak bila? Di mana? Bila tak pasti. Yg pasti setakat ni dia dijumpai(gambar dia je..) di sebuah negeri je. Yg pasti kat Central Square, Sungai Petani dia tak bertudung!Nak tahu? Klik sini
Sumber dari raykinzoku

Ke arah menjadikan Malaysia baldatun toyyibah wa robbun ghofur

â€کBogel tahanan bertentangan peraturan sivil’

Sumber dari Berita Harian Online 6/12/05



KUALA LUMPUR: Tindakan membogelkan tahanan adalah bertentangan dengan undang-undang sivil dan hukum syarak jika dibuat dengan niat jahat serta tanpa keperluan yang munasabah. Pandai plak Si Ghani ni berhujah. Siap selit hukum agama lagi. Padahal tak boleh melihat aurat oragng lain tanpa alasan kuat .


Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata dasar perundangan jelas menyatakan bahawa seseorang tidak boleh dibogelkan tanpa bukti meyakinkan berlandaskan tuntutan undang-undang. “Semuanya perlu dilakukan secara munasabah. Setiap arahan perlu ada alasan munasabah. Kalau makanan (tahanan), perlu berzat, air perlu bersih dan tahanan wajar diberi peluang menemui saudara maranya. Camna plak ngan tahanan ISA. Tahan tanpa bicara? Boleh? ini namanya selected prosecution(ejaan betul?)

“Kalau di lokap sekali pun, ia hendaklah memenuhi tuntutan hukum Syarak. Misalnya pakaian yang disediakan harus sesuai dan tindakan membogelkan tahanan (tanpa alasan munasabah) adalah bertentangan sama sekali dengan hukum.“Ini berdasarkan prinsip bahawa sesuatu yang perlu dilakukan bagi menyempurnakan sesuatu yang wajib adalah juga wajib. Perkara ini terdapat dalam usul fiqh. Setiap tindakan mengikut budi bicara, wajar dihakimi dari segi perundangan,â€‌ katanya.

Abdul Gani berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Komuniti Syariah dan Wacana Ilmiah, di sini semalam. Program sehari bertema â€کMuafakat Dalam Memantapkan Sistem Perundangan Syariah di Malaysia’ itu dianjurkan Seksyen Syariah (Bahagian Penasihat) Jabatan Peguam Negara.Mengulas kontroversi rakaman video wanita yang didakwa dipaksa berbogel dan ketuk ketampi ketika dalam tahanan polis, Abdul Gani berkata, beliau yakin anggota suruhanjaya bebas yang dilantik Jumaat lalu mampu melaksanakan tanggungjawab itu secara telus. Bagaimana syor suruhanjaya penambaikan polis sebelum ni? dah laksanakan semuanya? senyap je...

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai isu terbabit kerana menyifatkannya sebagai tidak adil memandangkan hasil siasatan belum diterima jabatannya dan khuatir sebarang komen akan menjejaskan siasatan.

“Seperti yang diharapkan semua orang, saya juga mahukan siasatan yang adil.
Kita tidak boleh buat kesimpulan terburu-buru,â€‌ katanya.



Pandangan saya:

Ghani hendaklah adil. Sebelum ni pun banyak kes tahanan mati, dibogelkan tanpa sebab munasabah  atau dibelasah ketika dalam lokap. Antaranya ialah


DSAI,


Nora
,
Rastam dan ramai lagi. Tak pernah dengar cerita pun pegawai polis tu dikenakan tindakan.Alasan menyembunyikan dadah dalam kemaluan/dubur? paling kurang pun suruhlah menanggalkan kain/atau seluar je. Apa ke jadahnya?(NTV7) tanggal semua?




Ke arah menjadikan Malaysia baldatun toyyibah wa robbun ghofur

٥.١٢.٠٥

Fikirkan



Kes rompakan 21 pucuk senjata & 596 butir peluru di stor senjata Kem Batalion
9, Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kubang Badak

1. Apsal pencuri tu pulangkan balik di penjuru kiri, dalam sebuah beg
sederhana besar  hadapan pintu pagar utama Balai Polis Lubok China, Alor
Gajah, Melaka kira-kira pukul 6 pagi . Utusan kata camni
sedang berita harian kata Tan Sri Mohd Bakri Omar enggan memberitahu lokasi sebenar senjata itu ditemui
. Sumber

Utusan
&

Berita
.

- Agak2nya berapa besar beg sederhana besar tu yg boleh muat 21 pucuk senjata?
596 butir peluru tu sepatutnya disimpan dalam magazine(bekas isi peluru) dr besi. Adakah magazine tu dipulangkan?  Maybe army or x-army boleh beri hujah technical berkenaan isuess ni. Bolehkat muat beg tu untuk mengisi semua benda ni?

- Kes ni dah kali ke 3.Apsal suma senjata tu tak simpan dalam bilik kebal cam
senjata lain yg tak dicuri? Hebat pencuri tu yg berjaya mencuri dengan hanya mengguna pemotong wayar! sumber

Berita


 

١.١٢.٠٥

Diarrhea

kelmarin dulu(mlm kelmarin) bunaiyaku ikram kena cirit birit. Kekadang
badannya panas cam deman. Bila jerelum k sat, then naik balik.So pg
kelmarin pi jumpa Dr Raffi. He said that my son maybe has swallowed something. He gave some medicine. He also proposed us to change susu tepung kepada jenis susu soya. So after that we went to many farmasi just to buy Bebelac FC(free calcium?). Satu pun takde jual. Abis keje pi cari kat Billion. Alhamdulillah ada.

moral: Kekadang farmasi pun takde jual barangan kesihatan cam bebelac nih. So cariklah kat supermarket. Ada rezeki cam aku dapatlah. Tempat lain aku tak tau. Kalu ada bloogger yg dok/mai kat Parit Buntar takyah carik benda camni kat pharmacy. Letih je..


Alhamdulillah dia  makan gak w/p susu baru. Malam td sampai pg aku nak
gi kerja dia just berak 3 kali je. Dah makin keras taik tak la cair. Dia pun dah
tak banyak meragam seperti sebelumnya.Aku bg sikit infocirit birit pada bayi/kanak-kanak yg aku dpt dengan mengooglekan diri tadi.

Harian Metro,


KKM,


KKM(btk pdf)
&

Sabah.Org

glosari : jerelum - basah/rendam kepala dengan air