١٢.١٢.٠٥

Al-Kulliyah

 Ptg Jumaat 9/12/5 pas sampai rumah bukak tv. Tgh tayang Al-Kulliyah
TV3. Tajuk ialah Sedekah Wajib (Zakat la..). Masa bukak soalan ada la
sorang mak cik tu tanya. Perlukah/wajibkah kita keluarkan zakat pada PPZ
je? Kat org lain bleh?Yg sheikh sorang kerja kat PPZ Selangor selambe je jawab. Masa zaman nabi Umat Islam bayar pada baginda. Zaman Abu Bakar sampai sanggup berperang memerangi org yg enggan keluarkan zakat. Tapi takde plak dalil/hadis yg dia sebut. Just qias je.Maka Tidak wajib membayar zakat pada pemerintah semata-mata. So kesimpulan wajib keluarkan zakat pada pemerintah je. Yg sorang lagi(iman Masjid Putrajaya kalu tak silap) plak lagi hebat. Zaman Umar semua keluarkan zakat pada pemerintah je. So kerajaan islam pada tu cukup kaya hingga tiada orang miskin. mai zaman Osman & Ali plan kurang. Tiba zaman Muawiyah dia mewajibkan zakat pada pemerintah je.. Tapi Muawiyah dikenali dengan sikap berfoya2. Bolehkan kita keluarkan zakat padanya? Tugas kita hanya keluar zakat. Kalu depa tak amanah itu depa punya keje. Kita dah selesai.. Pas tu keluar dalil wajib taat pada pemerintah.

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُوْلِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ

فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ
فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا


Ayat ni pun tak baca habih. Camna ayat  sesudahnya?.
Makna tafsir penuh ayat ni ialah

Wahai mereka yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan uli al-Amr dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan ar-Rasul (as-Sunnah), jika kamu benar beriman dengan Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu yang paling utama dan paling baik akibatnya (59)" [Surah an-Nisa' ayat 59]

Macamna kalu kita tahu pemerintah tu zalim? selalu seleweng duit? bleh kah kita serahkan duit kita? itu subahat namanya. Kan dalam islam cendurung pun dilarang.



وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ
وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ




audio
[11:113]
Dan janganlahkamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang
menyebabkan
kamu
disentuh api neraka, dan sekali-kali
kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.


Camna hadis ni plak


عن عبد الله بن عمر
رضي الله عنه عن النبي: السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ
فِيْمَا أَحَبَّ أوْ كَرِهَ ، مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَّةٍ فَإِذَا أُمِرَ
بِمَعْصِيَّةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَة .


Dari Ibn `Umar r.a.: "Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara
maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat. "

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Takpelah kita dah biasa sangat dengar(puak2 tu la). Citela lah plak bab wajibnya menegakkan Hukum Syariah,
membiarkan arak berleluasa apa hukumnya? dll.


 


p/s: Ada masalah nak susun ayat al quran/hadis dlm blog ni nih. Tak tau camna nak susun supaya dia elok satu line..

ليست هناك تعليقات: