٢٨.١٢.٠٦

PRK Dun Batu Talam?

ADUN Batu Talam, Datuk Tengku Paris Tengku Razlan meninggal kelmarin. Takziah kepada keluarganya. Moga Allah merahmati rohnya. Amin

Ya! Gendang perang PRK kembali berbunyi. Setelah PRK Sanggang & Ketari kini tibalah masanya Batu Talam.

Setelah kemenangan besar BN pada 2004 adakah mereka berpeluang mengekalkan kerusi ini? Pembangkang berpeluang untuk memenanginya. Dengan pelbagai isu seperti harga minyak, banjir selatan Semenanjung, pembelian yacht RM 30 juta, kenaikan harga tol tahun depan dsbnya, pembangkang hendaklah bijak memanipulasikan isu ini. Insya Allah majoriti 2761 undi dapat kita atasi

Berita penuh kematian adun Batu Talam

١٨.١٢.٠٦

Terkenang...

Perbualan sewaktu makan tengah hari tadi.

A : Aku ni Allah takdirkan dok serumah ngan hang. Kalu aku dok ngan ... atau ... aku tak jadi camni.
B : Akupun apa kurangnya. Kekadang yg selalu mengajak pun liat nak gi. Tapi tgk hang beria2 nak pi mana boleh. So kita pakat bantu membantu la

A: member kamcing aku B: aku

p/s: teringat kenangan masa dok serumah. Kalu free dua2 sekali pi ceramah atau mengaji. Adakah my twin bunaiya and his 2 sons akan mengikut jejak langkah kami? Wallahua'lam

٨.١٢.٠٦

Kenyataan SPR

Kenyataan penuh di sini

SPR: Celup jari pengundi dakwat khas

PUTRAJAYA 6 Dis. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) keberatan menggunakan kaedah mencelup jari pengundi ke dalam dakwat khas setelah mereka selesai mengundi seperti yang dicadangkan oleh parti pembangkang kerana ia akan menimbulkan banyak kesulitan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, selain merupakan kaedah yang ketinggalan zaman, peraturan itu juga memerlukan pindaan kepada Akta Pilihan Raya 1958 atau Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.


Jadi kesimpulannya:-
SPR tak nak buat kaedah ni kerana
a) ketinggalan zaman
b) pindaan kpd Akta Pilihan Raya 1958 atau Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Maksudnya ambil masa nak bawa ke Parlimen

atau a) tak standard la tiru negara mundur cam India, Pakistan, Mesir dan Yemen? Kalu yg depa buat tu baik jangan la kira sapa yg buat dulu...
b) bila masuk parlimen tak diluluskan kerana parti memerintah menang beberapa kawasan menggunakan pengundi hantu? Aku rasa yg ni jwpn paling bernas/tersirat.

Alasan lama nak pinda tu x leh pakai. Biar lambat mana pun asalkan berubah kepada lebih baik, silakan. Bukankah umat islam harus cemerlang, hari ini lebih baik dari semalam?

Beberapa link yg mengulas kenyataan SPR ini
1,2,3 dan 4

Siapakah lelaki ini



p/s: Untuk makluman(sepanjang penegetahuan saya) mereka bukannya bapa & anak,suami & isteri ataupun kekeluargaan lain yg mengharuskan dia berbuat demikian.

Untuk jawapan sebenarnya sila klik di sini.

٦.١٢.٠٦

Cite tentang Raja Sherina


Dari cerita mufti Perak
- Raja Sherina ni dulunya missionaries(sister). Dia berjaya memurtadkan 2 ribu org Melayu di Semenanjung. Dia telahpun islam. Dia mendapat maklumat bahawa Azhar Mansor hendak memurtadkan umat islam di Gereja Silibin, Ipoh. Dia pun mengirim SMS kepada Mufti Perak. Mufti Perak bercadang menyiasat. Namun sms terus tersebar sebelum program murtad itu bermula. dipercayai pihak gereja mendapat maklumat ttg penyebaran sms tersebut lalu membatalkan program tersebut

Dari cerita seorg ustaz

Raja Sherina & Azhar Mansor ni kedua2nya missionaries. Tapi Azhar x tau yg Sherina ini dah islam & selalu berhubung ngan Mufti Perak. Bila Sherina terima sms lalu dia terus memberitahu berita ini pada mufti perak. maybe maklumat ini bocor ditengah jalan yg menyebabkab berita ini tersebar sebelum upacara murtad ini berlangsung.

wallahua'lam

p/s: teringin sangat nak tgk muka org yg memurtadkan Lina Gembira. Ada urusan ckit ngan dia. Bila la polis nak edarkan gambar dia cam Raja Sherina?

Musim meroboh rumah ibadat

Apa lagi selepas ini?

Selepas masjid di Terengganu, tokong di BM, SPT, Pulau Pinang, kini sampailah giliran di surau Kpg Berembang, Selangor.



Apsal istana DZ tak dirobohkan?

Yg aku perasan kat negara ni semuanya bermusim. Musim baham ular ayik cite baham ular, musim tanah runtuh & akhir sekali musim runtuh rumah ibadat.

p/s: bila la nak mai musim tukar kerajaan plak nih?

٥.١٢.٠٦

Bleh update balik

Alhamdulillah. Dapat masuk balik ke beta blog ni. Sebelum ni xleh. Saya akan terus menulis di sini,Insya Allah

٢٦.١١.٠٦

Tinggal kenangan(forever?)

Berat rasa nak meninggalkan blog ini. Namun keadaan x mengizinkan. Semenjak kat ofice pasang Fortigate, langsung x leh masuk ke beta blog. So terpaksalah saya menutup blog ni(maybe selama2nya?). Sebagai alternatif saya kembali kpd blog baru yg biasa(bukan beta blog. Nak guna blogspot suma dah change kpd beta blog(Google beli?).
Maybe kena carik blog free yg lain. Nantilah saya decide lain.

Blog kembali updated

Setelah sekian lama menyepi,saya kini kembali.
Semenjak kat ofis ni pakai Fortigate langsung xleh masuk dlm beta blog. Ni pun updated sebab dok kat rmh mertua. Nanti saya try change kpd blog biasa(kalu bleh). Jika x leh terpaksalah guna blog baru plak.
Banyak benda nak share. tapi x leh masuk kat office. Terutama isu sms murtad Raja Sherina & mufti Perak tu.
Insya Allah. Berita selanjutnya akan menyusul

١٧.١٠.٠٦

Satu perbualan yg berlalu

A : .....
B : .....
A : Saya nak bincang tentang bagaimana nak memohon kelulusan membina surau di tmn saya
B : Di mana tu?
A : ............
B : Bukankah di sana ada Masjid ..... ? Bukankah lebih aula mengimarahkan masjid?
A: Kami nak buat surau sebab nak menyatukan penduduk tmn. Ada 98 unit rumah. Lebih mudah bagi kami membuat persiapan kenduri kendara, dan kematian. Kalu ada pengajian kat masjid takde kat surau insya Allah kami pi la sana. At least seminggu sekali kami pi solat Jumaat.
B: terdiam...
A : .......
B: .......

A = aku yg mai nak tanya cam na nak buat surau
B = Ustaz yg aku jumpa

p/s: Kenapakah kita begitu skeptical bila tiba bab2 buat surau. Sedangkan maksiat di depan mata kita buat2 tak nampak?

Contoh org jahil

KENYATAAN dikeluarkan oleh Mawi lantaran meletakkan syarat tidak akan bersentuhan dengan wanita untuk berlakon mendapat respons dan komen beberapa artis terkemuka tanah air kita.


"Apa Mawi ingat kami bersentuhan, berpegangan tangan dalam filem atau drama, sebab nak seronok-seronok? Naik syahwat?".

"Kalau aku berlakon dengan Fauziah Nawi sebagai ibu dan dalam babak itu dia kemalangan, takkanlah aku nak tengok sahaja dan hanya bertanya dia OK atau tak sebab tak boleh nak angkat nanti tersentuh?".

Inilah yg dikatakan oleh oleh hadis “apabila urusan agama diserahkan kepada bukan ahli, tunggulah saat kehancuran”. Yang peliknya tanya kat artis saje. Tanyalah kat ustaz kerajaan/bebas ataupun artis nasyid sama. Barulah bleh compare.

Yang bercakap pula jahil.Gunakan logik akal plak. Suruhlah dia guna logik akai bila kentut basuhlah kat dubur. Apsal kena basuh muka plak(wudhuk)?Ceh! Berlakon iklan power root pun pakai seluar pendek


Seorang lagi artis veteran yang cukup kontroversi pula berkata: "Allah memberikan kita peluang lima kali sehari untuk mencuci dosa. Malah Dia beri peluang untuk kita bangun di waktu malam untuk sembahyang tahajud. Jadi tidak payahlah jaga dosa orang lain kerana setiap kita sudah diberi penjaga oleh Allah untuk mengira amalan kita. Biarlah malaikat Raqib dan Atid jalankan tugasnya."

Tambah beliau lagi, "Lebih baik jual kopiah, jual kain kerana industri hiburan lain macam sikit".

Dia & isteri kan dah pi haji. Kalu macam ni kenyataannya aku bimbang dia dapat haji marlboro (sommana uzubillah) je. Solat lima waktu menghapus dosa2 kecik je. Malah kalau selalu dilakukan dosa kecik bleh jadi dosa besar. Besar dosanya bersentuhan dengan yg bukan ajnabi dengan sengaja.

So ayuh kita tunjukkan bantahan kita. Boikot la lakonan depa & iklan barangan depa. W/p mungkin tiada kesan besar, at least kita ada sumbangan. seperti pipit yang mengambil air bagi memadamkan api yang membakar Nabi Allah Ibrahim Khalilullah.http://beta.blogger.com/img/gl.link.gif

p/s: bilalah Abdullah Md Zin nak ulas kenyataan dua artis ini. Takleh kot? Apsal isu takaful malaysia boleh?


Pasai ketua dia pun bersalam ngan wanita. Jaga periuk nasik bang! Syiah pun tak salam dgn bukan muhrim. Kita?

١٣.١٠.٠٦

Ramadhan Fasa Ke Tiga

Tibalah pula fasa itqun minn nar(pembebasan dr api neraka). Marilah kita berusaha dengan bearmal sebanyak mungkin di 10/9 mlm terakhir. Insya Allah Allah akan mengabulkan impian kita ini. Bonus pula jika kita dikurniakan malam Al-Qadr. Kurangkan tidur, bykkn amalan sebyk mungkin. Ayuh!

١٢.١٠.٠٦

Rayuan kepada PM

Dengan rendah hati & penuh pengharapan, saya merayu kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdulllah membebaskan semua tahanan ISA yang masih ditahan(ada hampir 5 tahun) sehingga hari ini.

Jika mereka bersalah maafkanlah mereka. Atau jika ada bukti, kemukakanlah dakwaan di mahkamah. Janganlah dikurung mereka seperti haiwan di zoo.

Maafkanlah mereka. Sedangkanlah nabi ampunkan umat... Tidak hilang bisa ular yg menyusur di bawah akar. Apatah lagi sempena bulan mulia penuh barokah ini.

Moga Allah memberi hidayah padamu.. Amin.

Ulasan berkenaan Ramadhan

Aku ada terima e-mail berkenaan Ramadhan. Menceritakan tentang kebaikan Ramadhan. Cuma aku tak bersetuju dengan 2 perenggan ini.

Contohnya, ada jawatankuasa surau atau masjid yang menghentikan solat pada pertengahannya dengan memberi laluan kepada tazkirah, kononnya supaya orang mendapat ilmu. Tetapi, sebenarnya adalah paksaan yang mengandungi agenda tidak baik yang tersirat dalamnya. Buatlah tazkirah selepas selesai solat atau pada waktu lain. Mengapa perlu pada pertengahan Tarawih?

Pada bulan Ramadhanlah semua berkumpul. Inilah masa yang sesuai untuk menyampaikan ilmu. Aku gerenti pada bulan inilah yang tak pernah jenguk ke masjid/surau(kecuali solat Jumaat/Raya) mai jugak.

Salahkah menghentikan Tarawih di pertengahan?kalu habih Terawih ramai yang nak cabut lebih baik buat pertengahan. Adakalanya kita perlu “perangkap” orang cam ni. Tapi inipun bukan paksaan. Boleh saja bangun(sorang2 je) sambung solat. Pas tu kalu nak balik, silakan. Tiada paksaan.

Mana lebih baik. Beramal tanpa ilmu atau beramal dengan ilmu? Dengan ilmu kita tahu bersolat, tahu perkara yg membatalkan syahadah, apakah yang dikatakan politik islam dan banyak lagi.
Takkan nak biaq je tanpa majlis ilmu?Rugi besaqlah. Tambahan lagi di bulan Ramadhan.



Ramadan juga adalah bulan kemurahan, murah hati dengan mengeluarkan zakat dan sedekah. Namun, Ramadan bukan bulan pembaziran dan menambah daya nafsu serakah. Bulan ini kita berkongsi kebaikan, pahala dan keberkatannya. Jangan sampai dikatakan orang ‘awak sajakah yang hendak buat pahala’? Ini pernah berlaku seorang yang mengaji al-Quran dengan pembesar suara masjid dihidupkan, sampai dinihari masih belum berhenti. Jiran tidak boleh tidur, sedangkan esok semua orang hendak bekerja, yang tidur siang dia seorang

Berapa kali Pak Sheikh melakukan ini? Tegurlah dia supaya offkan mikrofon. Insya Allah. Dah diri dia rajin nak buat pahala. Silakanlah. Yang slacknya mikrofon on? Mintaklah dia tutup.

Bagi aku yg tu sikit je. Kalu tinggal kat berhampiran Kpg Cina lagilah. Bila mai opera cina seminggu ada band kat situ. Tak kisah ke? Cuma seminggu je. samalah cam dia tu. Ada tiap2 hari? Paling lebih pun sebulan.

Tidak benar kalau kata dia seorang sahaja nak pahala, bahkan ayat suci Al-Quran yang dibacakan bukan terhad kepada pembaca sahaja, bahkan orang yang mendengar. Apa orang yang mendengar tu tak mau pahala ka? Hah? Cukup dah pahala nak bawak kat akhirat? CUKUPKAH ? !!!!!

Kita sensitif pasai mengaji quran. Kalu pasai konsert menyambut tahun baru? Awak sahajakah yang nak buat maksiat?


والله اع?م

٣.١٠.٠٦

Ramadhan Fasa Kedua

Alhamdulillah. Kita semua telahpun memasuki hari ke 10 dalam bulan Ramadhan. Bulan yang mempunyai seribu berkat yang tidak terdapat pada bulan2 lainnya. Esok bermula pula fasa maghfirah.
Bagaimana kita sekarang ini? Berapa juzuk al-quran yang telah dibaca. Mungkinkah kita berkesempatan mengkhatamkannya dalam bulan ini?
Seharusnya 10 hari ini kita telahpun bergerak dengan gear 1-2. Mulai esok masuk plak gear 3-4. Kalu dulu hanya tarawih( 8 atau 20 tak perlu dibahaskan) dan witir, la ni buat plak sunat qabliah(sebelum) & baqdiah(selepas) bagi setiap solat 5 waktu.
Nanti bila masuk fasa ke 3 kita akan all out. Insya Allah ada rezeki dapatlah kita Lailatul Qadr.
Cukuplah. Hentikanlah perbalahan perkara khilaf seperti tarawih 8 atau 20. Salawat atas nabi bidaah. Kalu nak bertekak gak bertekaklah tentang bidaah yang jelas takde nas cam JomHeboh tu. Janganlah kita mengutuk Imam Ghazali dengan mengatakan dia pun manusia biasanya yang tersilap ambik nas. Ingatlah title Phd(byk main copy paste pun) taklah sehebat mana dibandingkan ilmu2 ilmuan islam lain. Dah2. tak komen dah.
Perbaikilah lagi amalan di bulan yang mulia nih

٢٠.٩.٠٦

احلن وسحلن ي ر مضان


Bulan yang penuh berkah, penghulu segala bulan kini datang kembali. Rebutlah segala diskaun/ganjaran yg tidak terdapat pada bulan lain. Bulan yang di awalnya rahmah, pertengahannya keampunan & akhirnya kebebasan fari api neraka

Jadikan bulan ini sebagai madrasah kearah meningkatkan kualiti/keimanan diri. Jadikan Ramadhan ini sebagai puasa yang terbaik kita selama ini. Kita tidak tahu apakah mungkin kita berkesempatan menjadi tetamu Ramadhan di tahun hadapan.

Persediaan dari segi fizikalnya.
- Gantikan posa yg tertinggal(3 hari lagi termasuk hari ini).
- Biasakan diri dengan mengosongkan perut.
- Mulakan membaca al-quran

Apabila memasukinya
- berpuasalah semaksima mungkin. Segala pancaindera juga hendaklah berpuasa
- banyakkan sedekah di bulan ini
- berusahalah untuk mengkhatamkan 30 juzuk al-quran
- waktu berbuka janganlah berlebihan hingga kekenyangan & membuang makanan yg tidak habis
- dll

والله اعلام

١٨.٩.٠٦

Mari kita gunakan Ubuntu Drapper

alhamdulillah. Saya telahpun berjaya menginstall pc saya dengan ubuntu. Setakat ini tiada masalah besar. Saya mengguna dual-boot. Apabila boot saya mempunyai pilihan utk megguna ubuntu atau xp

Saya bleh
- surf web ngan mozilla dengan plugins java,vlc,acrobat & flash
- menggunakan thenderbird bg maintain e-mel dlmn. siap melanggan news lagi(dr blogspot)
- menonton movie(avi) mengguna vlc
- mendengar mp3 mengguna real

so sesiapa yg inginkan bantuan silalah hubungi saya di ym. = insan_fakir04

untuk mendownload sila klik di sini

segala macam tip how-to di sini

untuk segala commad prompt di sini

komen ttg Ubuntu di sini

alasan kenapa perlu mencuba di sini

٥.٩.٠٦

Kemerdekaan Dalam Menulis Blog

Memiliki blog yang banyak dibaca dan dikomen mempunyai kelebihan & kekurangan.

Kelebihan –

1- mendapatkan input dari ramai orang dengan latar belakang yang pelbagai.Malah kekadang ruang komentar di blog ini jauh lebih bermanfaat daripada isi tulisan saya sendiri.

2- Mendapat idea bermanfaat seperti komentar maupun email pribadi(tidak temasuk saya) yang menjadi inspirasi untuk tulisan-tulisan selanjutnya. Ini adalah hal yang sangat berharga .

Keburukan –
1- Tidak sedikit input yang bernada negatif. Yang saya maksud bukan komentar-komentar yang berbeza pendapat dengan tulisan saya. Juga bukan hate comment atau hate email yang biasanya tidak saya tanggapi, atau dalam situasi tertentu menjadi ‘hiburan’ tersendiri.
Yang saya maksud adalah komentar-komentar seperti berikut ini.
• Bahwa tulisan saya tidak cukup penting atau tidak berguna baginya.
• Bahwa saya terlalu banyak menulis tulisan pada topik tertentu.
• Bahwa saya tidak menulis tulisan bertopik tertentu.
• Bahwa tulisan di blog lain lebih bermutu daripada tulisan di blog saya.


Komentar-komentar semacam itu dapat dengan mudah meruntuhkan semangat untuk menulis blog, terutama penulis blog yang masih belum berpengalaman. Bagi para penulis komentar, saya sarankan untuk tidak memberi komentar seperti itu, di blog ini maupun di blog lain. Jika anda tidak menyukai tulisan tertentu, anda tidak perlu repot-repot untuk membacanya dan bahkan mengomennya. Jika tidak menyukai blog tertentu secara keseluruhan, silakan hapus blog tersebut dari program pembaca RSS anda, bye bye, we won’t miss you. Tidak ada yang memaksa anda untuk membaca blog tertentu, dan tidak ada yang memaksa anda untuk memberi komen. Lebih baik tidak berkomentar sama sekali daripada membuat komen yang meruntuhkan semangat untuk menulis blog.

artikel asal yang lengkap sepenuhnya berbahasa Indonesia terdapat sini

Selamat Hari Kebangsaan ke-49, Saudara Pak Lah dan Khairy ...

Untuk Khairy

Seorang pekerja Dewan Bandaraya berusia 46 tahun telah dimasukkan ke hospital kerana penyakit kelemahan badan menyeluruh yang progresif serta berkait pula dengan radang kulit yang teruk. Dek kerana tidak mampu untuk menelan walaupun air liurnya sendiri, pemberian makanan melalui tiub telah dimulakan dengan susu formula nutrisi lengkap. Sedang penyiasatan makmal dijalankan bagi mengenal pasti penyakitnya, si malang ini telah dijangkiti radang paru-paru jangkitan –hospital yang telah merosakkan paru-parunya dengan teruk.

Oleh kerana kekurangan katil, pesakit itu terpaksa didiscaj awal walaupun beliau masih lemah dan tidak mampu menelan makanan. Suaminya telah diberitahu yang beliau perlu membeli sendiri susu nutrisi yang dianggarkan berharga RM60 satu tin yang tahan untuk kira-kira satu minggu.

Sebagai seorang kerani bawahan dalam perkhidmatan awam, beliau telah merayu ehsan supaya dibekali susu nutrisi itu dengan percuma kerana mereka sekeluarga sudah pun terhenyak dengan peningkatan kos hidup. Namun beliau telah dinasihati yang ia perlu menemui kebajikan masyarakat, satu proses permohonan yang akan mengambil masa yang panjang.

Dalam pada itu, mereka perlu juga pulang dengan tangan kosong. Dalam keadaan lemah tanpa kerusi roda, tercacat tetapi tidak lemah semangat, terlalu lemah walau untuk memasuki rumah sewaan yang serba sederhana, pesakit itu telah dihantar pulang tanpa satu-satunya sumber zat pemakanannya.

Untuk Pak Lah

Seorang ibu berusia 39 tahun beranak enam telah datang dengan radang paru-paru yang teruk sekunder kepada penyakit ‘multiple sclerosis’. Lumpuh dari leher ke bawah, beliau telah menghidap kudis di kawasan pinggul Gred III (bed sore) ekoran keadaan kaku yang lama di atas tilam. Dadanya amat sukar mengembang kerana kelemahan diafram (otot yang memisahkan ruang paru-paru dan perut) namun mentalnya masih cerdas dan tajam.

Doktor yang menjaga beliau telah memulakan suntikan antibiotik namun dengan pantas mengumumkan ‘DNR-do not resuscitate’ dalam rekod pesakit serta di bingkai hujung katilnya. Bahasa mudahnya, intubasi saluran pernafasannya tidak perlu dicuba sekiranya keadaan beliau semakin parah. Satu alasan di sebalik kewarasan ini ialah kerana sebenarnya kita kekurangan ketara peralatan ‘ventilator’ (mesin pernafasan) di hospital. Ahli keluarganya telah dinasihati supaya membeli mesin oksigen berserta tilam khas untuk mencegah masalah kudis di pinggulnya.

Apabila disebut harga peralatan tersebut, suami pesakit yang merupakan seorang penjual gerai di tepi jalan, menunjukkan rasa terkejut kerana tidak ada jalan untuk mereka mampu membeli kesemua peralatan tadi. Rujukan kepada Jabatan Kebajikan telah dibuat, namun disebabkan ‘tabungan terhad’, rayuan mereka telah ditolak. Sebulan setengah kemudiannya, pesakit masih lagi tersadai di dalam wad- terlalu uzur untuk pulang ke rumah dan terlalu dhaif pula untuk bertambah baik.

Oleh kerana keletihan berterusan melawan penyakit yang mustahil sembuh dan terlalu lemah untuk menyatakan isi hatinya, pesakit itu menggagahi saki-baki tenaga yang ada dan merayu untuk di ‘euthanised’ (dimatikan dengan ehsan doktor), yang mana sekali pandang adalah tepat sebagaimana yang sedang kita lakukan- kerana kekurangan tabungan peruntukan dalam negara yang kaya minyak ini.

Saya tidak dapat bayangkan apa yang melintasi benak rakyat Malaysia tatkala Abdullah Ahmad Badawi mengisytiharkan kemakmuran dan keadilan kepada semua rakyat Malaysia setiap 31 Ogos. Kedapatan para keluarga yang terlalu miskin untuk menaiki bas dari hospital untuk kembali ke kampong mereka manakala ahli politik pula membentak di khalayak hanya kerana mereka hanya ditawarkan ‘kereta yang tidak berguna’ daripada Jabatan Kastam.

Sekolah khas untuk kanak-kanak istimewa berada dalam keadaan serba kekurangan lagi dhaif namun pemimpin feudal parti memerintah berasa RM490 juta untuk akademi sukan di luar negara adalah suatu yang perlu disegerakan. Para guru, pensyarah dan pekerja jagaan kesihatan kita dibebani lebihan kerja, kekurangan kakitangan dan rendah bayaran perkhidmatan mereka namun negara kita mempunyai RM600 juta setahun untuk menganjurkan kem musim panas ala Malaysia yang hebat yang dikenali sebagai Perkhidmatan Negara.

Walaupun para monyet dalam Umno bersilat, menghunuskan keris mereka sambil melaungkan jeritan semangat setiap tahun, para peragut terus menghunuskan pisau dan merompak kehidupan warga Malaysia yang tidak berdosa setiap hari. Kita telah melihat Pemuda Umno berbaris di atas jalan mendakwa sokongan kepada Hamas dan Hezbollah, namun tidak ada sekerat pun yang menjuarai pak cik-pak cik yang tersadai akibat angin ahmar dan juga penyakit barah.

Polis telah menahan pasangan yang berpegangan tangan di khalayak serta menghambat suara penentangan yang ikhlas tetapi ‘menutup mata’ tatkala panglima perang BN dengan sengaja tidak mempedulikan saman trafik mereka dan mengipas sentimen perkauman dan agama dalam media arus perdana.

Kerajaan BN mencurah jutaan RM untuk ‘latihan-semula’ graduan universiti yang menganggur setelah bertahun-tahun membasuh otak mereka dengan agenda Umno yang penuh khayalan dan kemudiannya mengharapkan mereka agar berguna dalam dunia yang sebenar. Kita mempunyai undang-undang yang menjadikan doktor Keluarga yang gigih bekerja sebagai penjenayah sementara pekerja imigeran yang tidak dikenakan cukai mengaut kekayaan tanah ini tanpa rasa takut ditangkap dan dihantar pulang. Warga tempatan kita terpaksa menunggu bagi ujian imbasan ultrasound selama berbulan sementara pekerja Projek M sambil lewa sahaja membayar RM20,000 untuk ujian angiogram.

Kebodohan serta sikap ketidakpedulian kepimpinan Umno dengan baiknya dicontohkan oleh cubaan Ketua Putera Umno untuk menjenamakan semula Mat Rempit, walhalnya ratusan dari mereka sudah pun tersadai dalam hospital kita dengan kepatahan tulang belakang dan kudung anggotanya, serta tidak terkira banyaknya yang mereput dengan senyap dalam kuburan masing-masing di Malaysia.

Kurangnya kepimpinan yang waras tidak pernah menjadi begitu menjolok mata seperti mana hari ini. ‘Di mana tiada helang, kata belalang, akulah helang’.

Tatkala semua bangsa Malaysia dari pelbagai warna kulit berhadapan setiap hari dengan ancaman cuaca yang menyesak nafas, jenayah kejam, penyalahgunaan dadah, HIV, kencing manis serta peningkatan kos sara hidup yang keterlaluan, kelihatannya hanya isu yang amat dibimbangi Umno ialah ancaman kaum Cina yang tidak pun wujud kepada kegilaan Ketuanan Melayunya.

Ketika saya duduk di sini berharap dapat melakukan lebih lagi untuk pesakit dan mendapat pendapatan yang lebih sebagai doktor kerajaan, sesuatu memberitahu saya yang seorang lelaki muda sebaya saya berharap untuk memperolehi lebih dari RM9.1 juta saham dan berharap untuk menjadi lebih dari seorang menantu Perdana Menteri.

Namun di satu tempat lain, saya teringat akan seorang wanita yang berharap agar dapat terus menyapu jalan-jalan yang kotor sekitar Kuala Lumpur seperti selalunya dan seorang lagi pula amat bersyukur hanya sekiranya beliau dapat bernafas sendiri tanpa bantuan mesin, walaupun udaranya kotor dan berjerubu.

artikel asal terdapat di sini

١.٩.٠٦

Alif min nun wau = sarkas?


Mlm td masa tgk tv, aku tertengok filem Pendekar Bujang Lapok. Dalam adegan Sudin, Ramle & Aziz sampai kat Kelas Umum Orang2 Tua. Sudin mengejanya dengan tulisan Jawi. Alif Min Nun Wau. Alif tendang Wau = sarkas.
Sarkas apa ada orang tua dlm ni. Mana ada kelas org2 tua je. Ini zoolah. Tengoklah pagar2 ni. Zoolah.

p/s: rupanya P.Ramle dah nampak camna rupanya dulu lagi. Dah lama dah!

٣٠.٨.٠٦

Isteri TPM boleh jd Canselor?



Apa merit Rosmah Mansor yg membolehkannya dilantik sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel). Isteri raja cam Canselor USM? UPM, UKM & UM Canselornya ialah sultan/Yang Dipertuan Negeri. UNIMAS & UMS Canselornya ialah gabenor negeri masing-masing.

p/s: Ada benarnya kenyataan Malaysia sebagai BolehLand berdasarkan berita ni. Memecahkan tradisi sebelumnya. Maybe Siti Nurhaliza boleh jd Canselor jika Datuk K jd TPM?

٢٩.٨.٠٦

Merdekakah kita jika..










- perlembagaan kita gunakan ciptaan manusia bukannya Rabbul Izzati

- terdapat rakyat kita yang di tahan ISA tanpa bicara hampir 5 tahun

- perkara sunnah seperti serban dinafikan malah nabi perlekehkan

- artis yg terima anugerah FFM mengatakan nampak bodoh jika dia berucap dalam bahasa Melayu

- Jawi terus mati sedangkan ketika awal merdeka KTM pun guna tulisan Jawi(rujuk adegan Ajis naik keretapi nak pergi ke KL dalam Sarjan Hasan)

- Bahasa Melayu terus terpinggir hinggakan belanjawan menjadi bajet(bajak kot?)

- Melayu yg merupakan peribumi Negara ini hanya merempat di negeri sendiri. Lihat di Pulau Pinang(negeri PM lagi) dan lain2 bandar besar

- Seramai 250 ribu melayu murtad sedangkan usaha mencegahnya tidak dibuat. Bagaimana pula dengan murtad secara senyap?

- menyambut merdeka dengan konsert, pertunjukan bunga api, pergaulan bebas lelaki & perempuan serta segala perkara yg melalaikan yang mengundang bala Allah

- Jika ADUN atau MP dari pembangkang, elaun pembangunan tahunan hanya disalurkan kepada pejabat daerah, ketua bahagian & JKKK sedangkan yg layak menerimanya ialah ADUN dan MP yg menang

p/s: Kenapakah fakta Malaysia(sejak tahun 1963) baru 41 thn merdeka tidak dihighlightkan? Yang 49 tahun merdeka ialah Tanah Melayu/Malaya. Sabah & Sarawak belum lagi menyertai Malaysia pada 1957

١٦.٨.٠٦

Konsep imam makmum

PORT DICKSON: Semua bekas pemimpin Umno atau kerajaan perlu menjadi pengikut yang baik selepas tidak lagi bergiat aktif menerajui kepemimpinan bagi mengelak berlakunya perpecahan dalam organisasi.

Tambah ckit – pengikut yang baik ialah menegur jika melihat pemimpin berbuat salah. Imam solat 5 minit pun perlu ditegur, inikan pula PM selama 5 tahun. Umar pun bila dilantik menjadi khalifah, meminta rakyat menegurnya jika dia salah.


artikel penuh bleh didapati di sini

Fiqh II

4 keadaan makmum tidak boleh mengikut imam

1- Imam solat duduk sedang makmum solat berdiri

2- Iman wanita dewasa sedang makmum ialah lelaki dewasa


3- Iman solat dengan bertayamum sedang makmum dengan wudhuk

4- Iman solat tamam(5 waktu) sedang makmum solat jamak/qasar

Dipetik dr kelas pengajian Ustaz Shaari Usman di Kampung Kedah, Parit Buntar pada 15/8/06

والله اعلام

١١.٨.٠٦

Kalahkan Uncle Sam I

perang.
perang.
perang.

menurut jangkaan saya, tahun depan ekonomi negara akan jatuh merundum...ni suatu spekulasi sahaja [saya punya spekulasi la kiranya, ha ha ha], tapi saya harap teman-teman yang membaca atau tersinggah di blog ini bersiap sedialah dengan MULAKAN KEMPEN MENABUNG PERINGKAT KELUARGA bermula dari sekarang...kalau boleh bermula dari hari ini...

kita terlalu bergantung dengan US, segala tukaran PAB [perdagangan antarabangsa] menggunakan USD sedangkan kalau nak ikutkan ekonomi US sudah mengalami defisit yang besar, cuma tinggal disebabkan PAB dijalankan dalam USD makan USD masih boleh bertahan...

tahun depan, ekonomi US dijangka oleh seorang Prof [saya tak ingat namanya] akan mengalami defisit sebanyak 50% disebabkan perbelanjaan peperangan dan senjata api mereka yang besar...disebabkan ekonomi dunia bergantung dengan USD, maka kemungkinan terkena tempias pada negara lain adalah besar...

jika kita perhati, kitaran ekonomi Malaysia juga mengalami turun naik dalam 2 dekad yang lalu...
1987 - ekonomi Malaysia pernah jatuh...
1997 - sekali lagi ekonomi jatuh....
2007 - apakah ada kemungkinan??

jika dilihat pun, ekonomi negara berada dalam keadaan kurang stabil..kita sebenarnya mengalami inflasi yang sangat tinggi...cuma hanya bila indeks inflasi dikeluarkan, kita dikaburkan dengan mengatakan kadar inflasi berada pada tahap yang stabil...itu tidak benar [saya budak baru belajar, kalau salah tolonglah tegur ek]...mengapa saya kata begitu, sebabnya adalah, inflasi kita berada di tahap yang terkawal adalah disebabkan barang-barang yang berada dalam senarai pengiraan indeks inflasi itu adalah terdiri daripada barangan kawalan yang sudah semestinya tidak mungkin mengalami kenaikan [jika naik pun dalam nilaian 1 sen barangkali, cth gula, tepung dan lain-lain], jadi di situlah masalahnya...minyak adalah salah satu barang pengguna yang tidak dimasukkan ke dalam pengiraan, jika dimasukkan saya pasti memang sudah terbukti dapat membuktikan bahawa beban inflasi sedang datang menyerang masyarakat Malaysia dengan hanya kenaikan RM0.30 per liter awal tahun lalu...huhu...

perang.
perang.
perang.

masalah perang juga menyumbang kepada pelbagai ketidakstabilan dalam ekonomi dunia...bukan sahaja para pelabur mengambil langkah lebih berhati-hati bahkan perang juga mewujudkan tekanan dan bebanan terhadap masyarakat yang diperangi, mahupun masyarakat yang hanya menjadi pemerhati perang [cth rakyat Malaysia]...mana tidaknya, rantau yang bergolak adalah rantau yang kaya dengan sumber minyak...bila sudah perang, harga minyak juga makin meningkat, kalau tak silap saya sudah naik USD9+ per tong...mahal tu wey!!ahaksss...dan bila kerajaan [Malaysia la] dah tak sanggup menanggung bebanan kenaikan, makanya subsidi mungkin dikurangkan dan bebanan kenaikan harga minyak akan diturunkan kepada rakyat...adeiii kayap wey...ish ish ish...kais pagi makan pagi la gamaknya....

jadi sudah faham kenapa saya menggalakkan anda semua MELANCARKAN KEMPEN MENANBUNG PERINGKAT KELUARGA??faham atau tak faham...ahaksss..kalau tak faham jugak, buat-buat faham ajalah...ahaksss.....

entri asal terdapat di

sini

Kalahkan Uncle Sam II

AMARAN:
entry ini tidak sesuai untuk menjadi bahan bacaan dan tontonan
kroni-kroni Amerika Syarikat
dan Pak-pak Menteri yang bersekongkol dengan US ...anda sudah diberi amaran tapi jika berdegil juga mahu meneruskan pembacaan, saya tidak akan melayan sebarang bentuk bebelan dari pihak-pihak yang berkenaan...sekian harap maklum...



Mari Mufliskan US.




siapa kata kita tidak boleh mufliskan US??

US ingat 'dia' besar sangat untuk memijak-mijak 'orang lain' mengikut hala
tuju dan mesti mengikut acuan 'dia'...ooo tidak tidak tidak...dulu mungkin 'kau' boleh...tapi sekarang 'kau' sudah lemah, 'kau' jangan mahu berlagak sangat ya 'US'...



siapa kata kita tidak boleh mufliskan US??

siapa kata kita tidak boleh sila angkat tangan, kaki, hidung, kening...sila
angkat sekarang...jangan malu dan segan, saya tidak 'membunuh' orang seperti pensyarah saya...ahaksss...



siapa kata kita tidak boleh mufliskan US??

ya siapa kata...kalau awak awak awak awak awak nak tahu, ekonomi US sedang mengalami defisit yang sangat besar...defisit bukan surplus ya...ulang suara,defisit bukan surplus...zaman surplus untuk US sudah berlalu, sekarang US sedang menuju zaman kejatuhan...itupun kalau pak-pak menteri serata dunia sedar akan hal ni dan sedia sepakat memufliskan US...ahaksss...



siapa kata kita tidak boleh mufliskan US??

jika awak awak awak awak awak awak awak awak nak tahu, US sekarang sudah berhutang US$15 trillion, banyak tu 'dek non'...bukan jutaan bahkan trillion...nak tahu kenapa US ada hutang banyak sangat??sebab US nikemaruk nak bunuh orang [dalam erti kata sebenar kemaruk membunuh orangISLAM!!], kemaruk darah macam pontianak, macam hantu raya, macam penanggal...US ni pemakan orang dengan senjata, dengan bom, dengan peluru berpandu...US sudah berhutang untuk senjatanya dengan trillion US$, untuk membunuh, untuk menghapuskan orang ISLAM dan yang sama waktu dengannya....'dia' lapar darah, 'dia tiada perikemanusiaan, 'dia'kejam...ahaksss....



siapa kata kita tidak boleh mufliskan US??

nak tahu kenapa US masih boleh bertahan??sebabnya awak awak awak awak, di seluruh dunia ni berdagang menggunakan matawang US [US$]...walaupun ekonomiUS sedang mengalami defisit yang besar, tapi disebabkan awak awak awak awak awak di seluruh dunia ni menggunakan matawang US$ sebagai unit tukaran perdagangan, maka ekonomi US masih boleh bertahan akibat permintaan matawang US$ yang masih tinggi.....jika kita menghentikan penggunaan matawang US$ dengan serta merta dan menggantikannya dengan penggunaan dinar emas [kerana dinar emas mempunyai nilai intrinsik yang lebih tinggi dan lebih stabil], ini bermakna permintaan bagi matawang US$ akan jatuh merundum dengan teruknya dan akan menyebabkan lebihan penawaran US$ seterusnya menjatuhkan nilai US$ itu sendiri....ha ha ha baru padan muka US dapat merasakan bagaimana azabnya bila nilai US$ jatuh, 'kau' pernah buat sampai nilai RM jatuh angkara spekulator-spekulator 'kau' dulu kan, sekarang rasakan...ahakss....maka awak awak awak awak awak awak awak semua akan berjaya memufliskan AMERIKA SYARIKAT dan seterusnya kita dapat mengembalikan sedikit keamanan orang ISLAM di dunia ini [macam jihad juga bukan]....



siapa kata kita tidak boleh mufliskan US??

sekarang sudah faham atau belum??sudah percaya atau belum lagi??saya percaya, kita mampu memufliskan Amerika Syarikat jika dunia ISLAM atau OIC sepakat untuk menggunakan dinar emas sebagai medium di dalam PAB [perdagangan antarabangsa]...tapi saya lihat pak-pak menteri dunia ISLAM seakan menjadi boria tukang sorak, riuh sekampung tapi hasilnya kosong...jika pak menteri perdana yang sekarang ini menjadi presiden OIC sedia berusaha ke arah enggesaan dan bertegas mahu mempraktikkan penggunaan dinar emas, saya pasti
AMERIKA SYARIKAT akan BANKRUP sikit masa lagi...itupun kalaulah pak-pak menteri faham akan hal ekonomi negara dan global, kalau setakat faham ekonomi rumahtangga sahaja, orang tingkat bawah bagi arahan....alamatlah sampai kesudah apa yang saya perkatakan tak akan difahami...ahaksss.....



siapa kata kita tidak boleh mufliskan US??

awak awak awak awak awak semua tidak mahu melihat US muflis ke??saya teringin 'giler' untuk melihat US muflis...kalaulah saya jadi menteri , sudah lama saya arahkan penggunaan dinar emas dikaji dan dilaksanakan dari peringkat ke peringkat...hai abang-abang OIC, tak kan anda tidak mahu melihat kita mempunyai matawang sendiri, kalau kesatuan eropah [EU dengan EURO-nya] mampu melaksanakan, tidak mustahil penggunaan dinar emas juga mampu dilaksanakan....jangan buta ekonomi sangat ya pak-pak menteri...ahaksss....buka mata tu luas-luas, kalau rabun pergi buat pemeriksaan mata, buat cermin mata atau tambah 'power' cermin mata tu...hohoho...=.=



siapa kata kita tidak boleh mufliskan US?


Ebtri asal terdapat di

sini

٧.٨.٠٦

Family Day yg pilu

(tarikh pada gambar adalah tidak betul)

Sabtu , 4/8/05, 6.15 pg. Ibuku terima call dr wife sepupuku mengatakan rumah Mak Jang(MJ) telah terbakar. Ibuku(ayahku juga) bermalam di rumahku dengan Kak Cak(& her family)setelah pg kelmarin menghantar adik perempuanku ke PLKN di Ijok, Selama, Perak.

Kami lantas bergegas ke Tasek Gelugur. Aku lantas membatalkan hasrat pi family day my department ke Pantai Merdeka. Beg baju yg telahpun disiapkan utk perjumpaan yg ceria kini akan dibawa ke perjumpaan yg pilu.

Apabila kami sampai yg kelihatan di depan mata hanyalah puing2 tiang & dinding yg tersisa. Sebak memenuhi diri lantas mataku mula berair. MJ, 2 anaknya kelihatan bengkak mata akibat terlalu banyak menangis. Ramai sedara mara terdekat telah pun datang. Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.

Bahagian ibu rumah di tingkat atas musnah sama sekali. Semua barang di atas rumah & dibawahnya habis musnah. 1 bilik dibawah(bersebelahan) habis musnah. Bilik yang lain hanya terkena tempias. Barang di bilik lain di bawah berjaya diselamatkan.

Kebakaran bermula dr tingkat atas(ibu rumah). 2 anak dara MJ tidur di atas. Mereka terjaga pada 3.30 pg apabila bantal mula terbakar akibat terkena ubat nyamuk. Hanya mereka yg memadamkan kebakaran itu tanpa memberitahu ibu bapanya mahupun tuknya yg tidur di bilik bawah. Mungkin ada lagi bara dlm bantal yg tersisa. Mereka selepas itu terus tidur di bilik lain di bawah.

Kakaknya terjaga kul 5.30 pg. Di kala itu api pun telah marak membakar ibu rumah. Mereka bergegas keluar & menyelamatkan barang2. Beberapa sedara yang lain(rumah kami adik beradik berdekatan, kiri kanan & depan) turut berusaha menyelamatkan barang. Bomba hanya datang sejam kemudian. Ibu rumah & di bawahnya habis musnah.
Tiada pili bomba(rumah kampong(melayu terutamanya)) kat kawasan kami. Habis 1 tank. Kebetulan ada telaga. Sedut air telaga then sembur. Barulah padam. Api dapat dihalang dari merebak ke dapur & bilik2 bawah.

Tak lama selepas aku sampai Tok Lan sampai. Patutlah sebelum tu aku nampak ketua Cawangan & Pemuda Cawangan sampai dulu. Nak kena sambut bos. Aku pun joint depa. Tinjau2 sekitar rumah. Depa syorkan minta bantuan dr Tabung TYT(gabenor penang) & JKM. Aku yg bara satu je. Sambil dok sembang ngan PJ aku rokok nipah masih berasap kat tangan. Cis! Ek sungguh kau. Buangla dulu rokok masa melawat rakyat.



So aku stopkan cite ni. Kalu korang nak tengok gambar2 lain klik di sini.

٤.٨.٠٦

Renungan bagi mereka yg prihatin

Aku terbaca ttg artikel ni. Aku sharekan di sini

السلا م عليكم ورحمة ا للهوباركاته


 

Dalam perjumpaan terakhir dengan Sahibus Samahah Dato' Seri Harussani, Mufti negeri Perak, beliau menyatakan bahawa kes Lina Joy tinggal menunggu keputusan 3 Hakim Persekutuan sahaja. Beliau menyatakana kekecewaan atas tidakpekanya sebahagian umat Islam tentang pentingnya kes ini di dalam menentukan halatuju masa depan umat. Dengan begitu ramai dan seriusnya pihak bukan Islam, bahkan dari luar negara memerhati perjalanan perbicaraan kes ini, kehadiran peguam dan atau wakil
pertubuhan Islam seolah-olah menggambarkan kita adalah minoriti. Dari sudut perundangan, tidak ada apa-apa penghujahan lagi yang dibuka dan tidak ada
usaha lain yg boleh mempengaruhi keputusan yang akan dikeluarkan.

Saya tidak bermaksud untuk menghampakan usaha kita bersama. Saya hanya bermaksud untuk mengajak kita berpijak pada bumi yang nyata.



Selama ini kita dibuai oleh sikap selesa kita sendiri sehingga kita mudah memujuk dan memaafkan diri kita sendiri bila berhadapan dengan kegagalan. Kita selalu bersikap 'tak apa' kepada kelalaian kita sendiri. Kita memandang ringan kepada perubahan trend hidup anak- anak kita yang semakin membarat dan meninggalkan jati-diri keislaman kita. Kita ikut berseronok dan menangis atas kejayaan dan penyingkiran mengejaran kejayaan palsu dalam reality TV show. Kita ikut memperlekehkan ingatan demi ingatan dari para ulama yang tidak ada kepentingan duniawi dan sanggup mengambil risiko menentang arus yang menghanyutkan kita ke arah jahiliyyah moden ( Al-Maududi menggunakan istilah Jahiliyyah Abad Ke-20). Kita bahkan
dengan beraninya menepis dengan nada sinis bahawa para ulama ini jumud dan tidak mengenal hakikat kehidupan semasa dan tidak memahami realiti kita hidup dalam masyarakat majmuk. Bila berlaku konflik antara agensi agama dengan kaki maksiat, yang kena singkir dan dimomokkan adalah golongan pemuka agama dan badan2/agensi agama. Tokoh yang simbolik dengan pembantaian konsisten ke atas golongan yg memperjuangkan nilai agama seperti Marina Mahathir dan SIS menjadi rujukan rasmi segolongan orang kita.

Hasilnya, apabila kita sedar bahawa kita sudah dirosakkan secara terang-terang pun kita tidak merasa perlu untuk berbuat sesuatu untuk memperbaiki kerosakan itu. Tahap kerosakan yg kita alami sekarang bukan lagi tahap yg boleh kita sifatkan sebagai usaha diam- diam kerana semuanya terpampang dengan nyata tanpa henti2 bahkan mengasak kuat ke dalam kehidupan kita melalui media cetak dan elektronik. Yang sangat anehnya kita bukan menjadi wira menentang semua arus ini, sebaliknya menjadi penyokong, pembela bahkan penaja kepada kesuburan usaha penghakisan iman ini.

Ingatan tentang berpuluh ribu org Islam murtad sejak beberapa tahun yang lalu tetap tidak diguriskan oleh orang2 kita yang sedang mabuk dibuai hedonisme dan materialisme yg semakin tidak terkawal.




Bersyukurlah ada orang yang memegang jawatan penting sanggup mengambil risiko memberi peringatan kepada kita bahawa kita sedang berada di ambang bahaya. Angka murtad bukan lagi berbunyi puluhan ribu.. tapi sudah mencecah ratusan ribu! Itu pun tidak cukup untuk menjadi alarm kepada orang kita. Yang merisaukan mereka bukan hakikat banyak orang yang murtad .. tapi sama ada angka tu betul atau tidak ? Jangankan ratusan ribu... kalau ada 1 orang murtad pun sepatutnya merisaukan kita. Lebih parah lagi, kita sangat dependent dengan peruntukan undang2/perlembagaan yang menempatkan Islam pada kedudukan tertentu sebagai benteng pertahanab akidah kita.

Berpijaklah kepada kenyataan !

Kita tidak akan selama-lamanya mampu bersandar kepada sistem undang2 yg sedia ada untuk mempertahankan kedudukan istimewa umat Islam di negara ini. Kita perlu akur bahawa sistem demokrasi yang menjadi pendekatan kita bernegara membuka pelbagai kemungkinan ttg kedudukan Islam di masa akan datang. Ia akan bertahan selagi kita mampu mempertahankan majoriti orang Islam dan mereka yang mewakili umat Islam masih ada roh mempertahankan kedudukan itu tanpa mengira parti apa pun yang mereka wakili.

Mengharapkan keputusan mahkamah berpihak kepada Islam dalam kes Lina Joy bolehlah dianggap sebagai 'quick fix'. Ia bukan solusi jangka panjang dalam realiti masyarakat majmuk yang agak fragile ini. Jika keputusan mahkamah tidak memihak kepada kita, maka kita kena lebih bersedia menerima realiti bagaimana pemurtadan itu berlaku secara terang-terangan tanpa lagi perlu merasa risau tentang kedudukan istimewa Islam dalam Perlembagaan.

"Hasbuna Allahu wa ni'mal wakil". Hanya kepada Allah kita berserah.

Namun sebagai usaha jangka panjang, kita kena lebih proaktif dalam usaha membina benteng akidah dalam diri kita, di lingkungan keluarga kita, di persekitaran kejiranan kita, dalam menentukan peneraju negara kita dan dalam mendaulatkan syariat Allah sebagai sumber syariat tertinggi.

Melalui forum ini, saya ingin mengajak para semua ahli untuk menyumbangkan fikiran dan memanjangkan pengalaman apakah tips yang praktikal untuk kita membina kekuatan akidah dalam diri kita, boleh hidup dalam masyarakat semasa tanpa kehilangan jatidiri kita dan sekaligus juga memanjangkan risalah Islam untuk dinikmati oleh mereka yang belum menerima hidayah. Saya percaya semua kita ada kekuatan tersendiri dalam memainkan peranan ini.

والله اعلام


artikel asal terdapat di sini

٢٧.٧.٠٦

Catatan ziarah

Ptg kelmarin aku pi bukak posa ngan sheikh ni. So just kami bertiga je. Aku, dia & روجه dia je. زوجه aku still kat Langkawi & بوني kat kampung. Simple je kami mkn.Just kami berdua. روجه dia lepak dlm bilik. Cuti.

Kiranya aku mkn sampai dah x leh msk la. Asyik dok semawa makan.Siap boh nasik & lauk dlm pinggan. Macam la aku segan nak makan. Dia mkn ckit je.

Teringin gak aku jd cam dia. Selalu jemaah subuh/isyak kat masjid, kalu x gi ngaji mengajar زوجه dia membaca al-Quran.

p/s: pak sheikh ni zuhud ckit. Simple je brgn rumah dia. Aku? X de harapan

٢٦.٧.٠٦

Beramal di bulan Rejab

Alhamdulillah. Hari ni dah masuk 1 Rejab. Bulan Allah. Jadi inilah peluang kita.
Banyak hadis yang menceritakan akan kelebihan bulan Rejab. Cukuplah aku bagi satu hadis. Lagipun hadis ni aku terima sendiri dr tok guru aku. Walaupun takde salsilah, tp cukuplah daripada aku sekadar membacanya sendiri sahaja.
Inilah hadisnya
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:
"Ketika
kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan
Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT.
Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?"

Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur
mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas
mereka."


Sabda Rasulullah SAW lagi: "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu
berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja
di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur."


Tsauban bertanya: "Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan
beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?"


Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya
sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari
dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH,
kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan
solat malam satu tahun."


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya'ban adalah
bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku."


"Semua
manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi,
keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya'ban dan bulan
Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus
bagi mereka."


Berpuasalah satu hari dan tahajud satu malam (plg lekeh la), nescaya Dia akan membalasnya. Moga Allah memberi kekuatan kepada kita semua. Amin

٢٠.٧.٠٦

Berita bercanggah UM?

UM hari ni menyiarkan kenyataan bercanggah Mustapha Mohamed dengan Pak Lah.

soalan. Ada beza ka modul & buku? Sorg kata modul, sorg kata buku.

p/s: Kita lihat samada salah satu berita ini akan ditarik balik atau tak. Nampak sangat percanggahan. Tarik atau terus?

١٨.٧.٠٦

Tahukah Anda II

Aku ada terima e-mail nih. Aku sharekan di sini

MUQADDIMAH

Maksud hadith;

Daripada Ibn Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab: berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad).
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll)


"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh"
(Riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud)

Dalam sejarah lampau, kes Natrah, seorang wanita Belanda yang memeluk Islam dan berkahwin dengan Mansor Adabi telah dipaksa oleh ibu bapanya keluar dari Islam (Murtad) dan menggunakan mahkamah British di Singapura untuk dibawa balik ke Belanda.

Keprihatinan seluruh umat Islam & masyarakat dari seluruh pelusuk Tanah Melayu untuk berjalan kaki dan berbasikal untuk berkumpul & berdemonstrasi di Sinagpura untuk membantah & mempertahankan aqidah hanya SEORANG muslimah dari dimurtadkan tanpa sedikitpun memikirkan perasaan takut untuk berhadapan dengan bedila pelurun serta cota tentera British dan sebagainya yang menghalang mereka…

Hakikat yang berlaku selepas itu hingga sekarang, umat Islam sekarang terlalu lemah dan dayus untuk hanya mampu melihat sahaja tanpa memperdulikan langsung sejumlah 100,000 (Mufti Perak), dan 250,000 kes yang telahpun murtad “tanpa paksaanâ€‌ dan hanya menanti untuk didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Negara…

Apa pendirian kita…?


LATAR BELAKANG

1. Bangsa Melayu khususnya di Malaysia, adalah satu-satunya bangsa di dunia yang mengguna pakai definisi yang jelas di dalam perlembagaan untuk mentakrifkan definisi perkataan Melayu serta skop yang merangkuminya.
2. Istilah Melayu di Malaysia dijelaskan sebagai seorang yang penganut agama Islam, dan Islam & Melayu pada dasarnya mengikut definisi perlembagaan sama sekali tidak boleh dipisahkan.
3. Perkara ini diletakkan dengan jelas di dalam perlembagaan dan menjadi suatu undang-undang di Malaysia untuk Melayu tidak dibenarkan meninggalkan Islam, (rujuk Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan), dan Melayu dan bangsa lain yang menganut agama Islam adalah tertakluk di bawah syariat Islam & perundangan Mahkamah Syariah di Malaysia.


AZLINA JAILANI @ LINA JOY?

1. Nama asal: Azlina Jailani, pernah memohon pada tahun 1997 untuk ditukar kepada Azlina Lelani tetapi ditolak sebab beralasan telah tukar agama Kristian.
2. Permohonan kedua untuk tukar kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan Kad Pengenalan Baru tertera perkataan Agama Islam.
3. Ayah bernama Jailani bin Shariff dan ibu bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan hidup sebagai Muslim.
4. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun.
5. Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.
6. Telah beberapa kali dipanggil dan dinasihatkan oleh Majlis Agama berkenaan kemurtadan beliau, tetapi beliau mempertahankan yang pilihan keluar dari Islam adalah kehendak sendiri dan telah dimaklumkan pada kedua ibu bapa.
7. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur.

FAKTA KES

1. Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada Lina Joy.
2. Berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2000.
3. Permohonan tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar Islam.
4. Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak mengbenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.
5. Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19-Septemebr-2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan.
6. Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam, berjaya mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan.
7. Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-mullim ~ Ketua Hakim Tun Fairiz, Dato’ Alauddin, & Dato’ Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan… HINGGALAH Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh mahkamah yang terlibat.
8. Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.
9. Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
10. Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak releven lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.
11. Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per say, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.
12. Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia attempt yang sebegitu berani & bersikap kurang ajar yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut untuk menguraikan ikatan Islam mengikut kepahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.


IMPLIKASI DARI DEFINISI "INDIVIDU"

Nampak & dengar terlalu kecil, tetapi implikasinya melampau batas pemikiran kita…!
1. Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan.
2. Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya;
 Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa.
 Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya.
 Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan perundangan Syariah sudah tidak relevent.
a. Sebagai contoh, solah boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solah yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi “bukan Islamâ€‌ pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.
b. Semua badan-badan Islam tidak relevent lagi dalam perundangan semasa, sebab hak mempraktikkan secara individu diperjuangkan.
 Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng & simbol agama.
 Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam.
 Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta Solah, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan.


MENGAPA KES LINA JOY?

1. Kes Lina Joy adalah kes yang seduah lama didiamkan, tetapai ianya telah dimarketingkan diperingkat antarabangsa secara bersungguh-sungguh, adan ia adalah satu daripada ratusan ribu kes yang menanti untuk diketengahkan.
2. Kes Lina Joy adalah kes yang mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia, dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng untuk mempertahankan Islam di mana-mana sahaja, hatta mempertahan aqidah seorang muslim yang lain.
3. Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11â€‌ yang pernah berkumpul di Petaling Jaya & Melaka, dan pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir.
4. Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sister-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin-pemimpin negara yang beragama Islam.
5. Kes Lina Joy adalah attempt yang akan memberikan impact yang amat besar, dan diistilah kan sebagai “beyond our imginationâ€‌ yang mana ia secara langsung mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, samaada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya, dan seterusnya mancabar hukam yang Allah SWT telah tetapkan di dalam Al Quran & As Sunnah.
6. Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan.
7. Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia, dan seluruh negara-negara besar didunia menghantar wakil untuk memberikan pressure yang besar ke atas hakim & sistem perundangan negara yang AMAT LEMAH untuk membela aqidah seorang rakyat Islam.
8. www.becketfund.com, www.malaysianbar.org.my, www.bernama.com.my menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok & dalang yang begitu kuat yang membela Lina Joy. Ianya dianggotai oleh pelbagai pertubuhan hak asasi manusia sedunia.
9. Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuun untuk memberi pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy, antaranya;
 Malaysian Bar Council
 All Women’s Action Society (AWAM)
 Sisters in Islam (SIS)
 Catholic Lawyers Society
 Interfaith Spiritual Fellowship
 Malaysian Civil Liberties Society (MCLS)
 Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS)
 National Human Rights Society (HAKAM)
 Pure Life Society
 Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
 Vivekananda Youth Movement, Seremban
 Women’s Aid Organization (WAO)
 Women’s Development Collective (WDC)

10. Wakil dari pertubuhan antarabangsa khususnya juga bercakap menyatakan pendirian & tekanan mereka ke atas mengkehendaki agama adalah pilihan 100% pada diri individu tanpa paksaan, dan membentngkan paper & kes study yang begitu panjang lebar kepada hakim-hakim yang terlibat untuk meletakkan mereka pada tahap kekeliruan yang amat tinggi.
11. Dalang utama pihak yang membela Lina Joy adalah wakil Bar Council yang beragama Islam (Malik Imtiyaz Sarwar) telah mengambil partisan stand untuk memberi hujjah yang menyokong tindakan Lina Joy tersebut tanpa mendapat restu dari Bar Council member. Malik sendiri berpendirian agar seorang Muslim dibenarkan untuk menukar agama mereka kepada apa jua pilihan mereka…
12. Suatu yang amat menyedihkan kerana tidak ada wakil daripada pertubuhan Islam yang begitu banyak di Malaysia, kecuali wakil beguam dari ABIM dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia sahaja yang bercakap mempertahankan hujah.
13. Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy di dalam mengakhiri kes itu menyebut;

“…it is time that we must knock into the heads of Malay that our country Malaysia is never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in Malaysia Islam is just a subservient to constitution…â€‌


TINDAKAN SEGERA


Memandangkan kes ini hanya mempunyai tempoh 6 minggu sebelum diputuskan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 28-Julai-2006, maka tindakan segera telah diputuskan untuk diambil oleh segenap lapisan masyarakat Islam, antara keputusan jangka masa pendek yang telah dicadang dan dipersetujui akan diusahakan secepat mungkin adalah;

1. Penubuhan segera kumpulan Peguam Pembela Islam (PPI) yang diketuai oleh Peguam Zainur Zakaria, bekas Presiden majlis Peguam untuk melakukan protes kepada Majlis Peguam di atas keputusan beberapa Eksekutif Committee untuk menyokong kes Lina Joy;
 Isu secara langsung seolahnya menunjukkan seolahnya Majlis Peguam adalah dalang utama kes ini setelah mereka menyatakan sokongan penuh kepada kes Lina Joy di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, sedangkan tidak pernah mendapat mandate tersebut daripada badan dan ahli Majlis Peguam yang dilantik.
 Majlis Peguam juga telah menjadi pemangkin kepada tindakan berani & kurang ajar pelbagai pertubuhan NGO bukan Islam dalam & luar negara untuk mengajar orang-orang Islam untuk bagaimana mengamalkan Islam di Malaysia.
 Suatu EGM akan diadakan segera untuk membantah dengan mendapat tandatangan lebih 200 peguam Islam yang hadir dalam perjumpaan 12-Julai-2006 untuk menghalang Majlis Peguam daripada menyebelahi Lina Joy dalam kes beliau.
 Zainur Zakaria dan dianggotai 15 peguam lain sebagai committee termasuk Kamar Ainiah, Zainul Rijal Abu Bakar, Haji Mohamad Buruk dan Dato' Zaiton Othman mewakili Persatuan Peguam Muslim Malaysia, merangkumi pelbagai bidang kepakaran dan fahaman politik yang pelbagai. Antara yang lain adalah; Dato Abu Zahar, Dato Ainuddin, Zulkifli Nordin, PaaWan Chik Marican (Peguambela utama kes), Baharuddin, Subki Yusuf, Radhi (Setiausaha NGO Melayu), Zainddin Ismail, Zainur Ridaun, Shamsuriya, Azril, Raja Mustafa…

2. Suatu website diwujudkan segera untuk menjadi rujukan kepada fakta kepada kes ini, www.peguampembelaislam.com atau www.peguampembelaislam.org, yang akan diputuskan segera mengikut kesesuaian.
3. Suatu Press Statement dikeluarkan oleh Peguam Pembela Islam untuk mendesak semua pihak yang terlibat untuk menghormati undang-undang dan menafikan penglibatan Majlis Peguam di dalam membela kes Lina Joy.
4. Perjumpaan oleh semua gabungan NGO Islam & Melayu untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan Peguam Pembela Islam serta menyebarkan kesedaran kepada seluruh masyarakat tentang isu ini;
 Kes ini ada kes yang menjadi perhatian dunia, sedangkan di Malaysia kes ini disorokkan oleh pihak media tempatan atas alasan faktor keselamatan dan sebagainya, kecuali kenyataan yang terkandung di dalam Bernama.com.my
 Umat Islam di Malaysia dari apa jua kefahaman politik dan bangsa perlu sedar dan disedarkan tenatang apa yang sedang berlaku dan implikasinya terhadap Islam, Muslim dan perjuangan Islam di Malaysia pada masa hadapan.
 Majlis tersebut akan diselia oleh ABIM yang akan diadakan di Ibu Pejabat ABIM, Anjung Rahmat, Jalan Gombak pada 16-July-2006, Jam 2.30pm. Semua dijemput hadir
5. Press Statement telah dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie, Dato’ Zaiton Osman pada Jumaat 07-July-2006 tetapi langusng tidak dikeluarkan oleh mana-mana media di Malaysia.
6. Mesej akan disampaikan melalui mimbar khutbah Jumaat pada minggu hadapan atas kebenaran daripada pihak yang terlibat.
7. Paling kurang 100,000 artikel akan dicetak dan diedarkan dengan tujuan untuk menyedarkan umat Islam tentang perkara ini dalam bentuk bertulis, dalam bentuk yang mudah dipahami kepada seluruh masyarakat Malaysia.
8. Solah Hajat diminta dilaksanakan di segenap peringkat untuk memberi kesedaran dan memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan aqidah Umat Islam di Malaysia, khususnya.
9. Usaha juga akan diteruskan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin negara serta Majlis Raja-Raja tentang implikasi dari sikap ambil tidak endah dari kes ini, serta meminta dengan kuasa yang ada pada tangan mereka untuk berusaha menyelamatkan aqidah umat Islam dari terus dimusnahkan.
10. Seluruh badan serta oraganisasi & individu mesti menggunakan setiap kekuatan yang ada untuk mempengaruhi serta menyedarkan masyarakat tentang isu ini, serta meminta masyrakat untuk mencuba sedaya mungkin mempengaruhi pihak yang terlibat untuk memastikan pekutusan berpihak kepada menjaga Aqidah Islam.
11. Pengumpulan dana kewangan segera susulan daripada dana yang telah dukumpul ketika perjumpaan peguam Muslim pada 12-Julai-2006, yang akan digunakan untuk menggerakkan bantuan kepada individu yang terlibat di dalam kes ini, termasukalah untuk mendapatkan beberapa unit notebook serta printer dan peralatan lain sekretariat Peguam Pembela Islam.
12. Mengumpul tandatangan seluruh Muslim di Malaysia untuk diserahkan kepada pemerintah dan Raja & Hakim sebagaimana yang telah dilakukan oleh NGO tersebut dengan mengumpul 20,000 tandatangan dan diserahkan kepada Perdana Menteri baru-baru ini. Amat malang tiada sebarang tindakan atau statement dikeluarkan oleh beliau, malah seorang Menteri yang terlibat dengan perundangan Malaysia juga telah melabelkan “bodohâ€‌ kepada individu yang menghalang dari usaha ini diteruskan.
13. Seterusnya, atas usaha & idea bersama yang perlu dilakukan segera.
14. Maklumat seterusnya akan disalurkan melalui group email, boleh mendaftar sebagai ahli secara percuma;
peguampembelaislam@yahoogroups.com


PENUTUP

Saudara sekalain, Allah tidak akan tanya apa hasil dari apa yang kita lakukan, tetapi Allah akan tanya kita apa yang kita lakukan untuk memastikan tanggungjawab fardhu â€کain untuk menegakkan Islam di muka bumi dilaksanakan…

Fikir & bertindak. Wassalam.

١٤.٧.٠٦

Apabila urusan agama ....

Sakit hati betul bila baca paper UM kelmarin.
Aku nak komen beberapa hujah depa.

Kalu dah korang buat keputusan nak tolak dah la. Tak nak bg org pakai dah
la. Jgn la pertikai sunnah. Dalam islam ada perkara yg boleh diperdebatkan & ada
perkara yg wajib terima tanpa soal. Aku gerenti korang jarang mengaji. Kalu tak
korang takkan berani menghina sunnah


Yang menariknya kat sini


â€کâ€کLarangan bagi amalan yang wajib seharusnya dilihat
secara lebih serius lagi berbanding larangan kepada amalan yang sunat. Walaupun
jika kita menerima pendapat bahawa memakai serban adalah sunat, ia tidaklah
setaraf solat sunat,â€‌ katanya.


So tutup aurat tu wajib ka? Patutkah dibuat undang mengenainya? Patutkah
dilaksanakan perundangan islam sepenuhnya.?


 Tapi kat sini amat melampau. Dari isu serban meleret plak ke jubah.


â€کâ€کPatutkah mereka dibenarkan memakai jubah semasa
bermain bola sepak kerana amalan Rasulullah ialah memakai jubah?'' katanya.


 â€کâ€کKita tidak boleh ketepikan sistem pendidikan kita
yang membantu membentuk minda kanak-kanak Malaysia membesar menjadi rakyat
Malaysia. Tokoh-tokoh pendidikan kita perlu diberi pujian dan rasa hormat kerana
merangka beberapa peraturan sekolah demi kepentingan semua pelajar, masyarakat
dan negara akhirnya.


Iyalah dengan masalah pelajar yg pelbagai macam akibat kurangya
penghayatan agama nak puji depa lagi?


 â€کâ€کMengambil kira semua faktor ini, saya dapati
Peraturan-Peraturan Sekolah 1997 tidak melanggar Perkara 11 (1) Perlembagaan,â€‌
kata Abdul Hamid.


Nampaknya kena ubahla perlembagaan nih


 



Korang kalu x nak ikut sunnah dah la. Just buat la keje korang. Ini menghina sunnah

Bacaan yg lain
Islam ditangan hakim yang jahil
Hukuman Memakai Serban dalam Negaraku Islam Hadhari
Nasib Serban di Mahkamah Persekutuan
â€کLarangan pakai serban tak perlu disensasi’
Serban: Hujah hakim didakwa hina Rasulullah - Pemuda PAS
Ratio?

١٣.٧.٠٦

Tahukah Anda?

Peguam Kes Murtad Shazalina/Linda Choy (Ust Zulkefli Nordin), beliau telah memberi ceramah di Surau As Sakinah, TTDI JAYA, Selangor tentang kumpulan kafir Artikel 11/IFC. Mereka ini (IFC) sedang bergiat untuk menghapuskan keistimewaan orang Islam di Malaysia, pihak Mahkamah Persekutuan hanya ada masa 6 minggu sahaja lagi untuk membuat keputusan sama ada melulusakn atau tidak. Kalau LULUS maka orang Islam dalam bahaya besar.

Info Lanjut
Azlina Jailani seorang "sales assistant". Usianya kini lebih kurang 42 tahun. Dia memeluk agama Kristian pada pertengahan tahun 1990an (tak sempat semak tahun sebenar). Dia menukar namanya dengan kelulusan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada Lina Joy setelah memeluk agama Kristian. "Malangnya" bagi dia, di dalam myKadnya, tertera agama "Islam". Dia ingin berkahwin dengan seorang "cook" (Kristian). Dia tidak dapat berkahwin secara sah memandangkan pada myKadnya dia dianggap sebagai seorang Islam.

Dia turun-naik mahkamah bertahun-tahun untuk mendapatkan pengesahan bahawa dia bukan lagi seorang Muslim tetapi adalah seorang Kristian. Rayuan-rayuannya belum lagi memperoleh kejayaan.

Namun begitu Federal Court sedang mempertimbangkan isu penting iaitu sama ada Mahkamah Sivil mempunyai "kuasa" untuk memerintahkan catatan "Islam" pada myKadnya diubah kepada (kosong) atau Kristian. Soal kedua ialah sama ada pengesahan bahawa dia bukan Muslim lagi perlu dirujuk kepada Mahkamah Syariah.

Keputusan Mahkamah Persekutuan ini besar implikasinya kepada rakyat Malaysia khususnya masyarakat Islam.

Soalan saya adakah kita umat Islam bersedia menghadapi impak keputusan Mahkamah Persekutuan yang bakal keluar nanti.

Jika rayuan Sdri. Lina Joy (dahulunya dikenali sebagai Azlina Jailani) diterima, maka suatu komuniti baru akan wujud di Tanahair kita iaitu orang Melayu yang dahulunya Islam tetapi bukan Islam.

Beberapa kemungkinan akan timbul:-

(a) orang Melayu tidak semestinya Islam;

(b) akan timbul Bumiputra Semenanjung (jika anda faham maksud saya);

(c) ketuanan Melayu (mengikut tafsiran Perlembagaan Malaysia) akan tergugat;

(d) tidak mustahil akan merebaknya rumahtangga atau keluarga jamak agama!

Jika rayuan dia ditolak, akan timbul dilema berikut di dalam batang tubuh umat Islam iaitu orang Melayu yang pada zahirnya Islam tetapi sebenarnya tidak Islam. Selepas satu generasi akan timbul komuniti "Islam" yang pelik amalannya.

Renungilah juga:-

(a) betapa aktifnya golongan pejuang Islam Plural (jamak);

(b) usaha mendirikan IFC (Inter-Faith Commission);

(c) pejuang Article 11.

Susahkah kita bersedia dengan pelan tindakan?

Insaflah sebelum terlambat

Kembali bujang?

ط²ظˆط¬ظ‡ aku berkursus 3 minggu kat Langkawi. Apsal JPN PP buat kursus kat sana? Induksi 2 minggu then BTN seminggu lagi. So jadikla 3 minggu.Takde hotel setanding kat Penang nih? Berapa byk duit bleh save kalu buat kat Penang je. Guru2 nak balik jenguk anak2,isteri & laki(aku salah sorang) pun senang.

Aku induksi dulu pun buat dlm pejabat. Depa tak hantaq pi Langkawi pun. Tu yang x pueh hati tu. Tak bleh beli coklat murah byk2

Aku bujang kerana dok rumah sorang2. ط²ظˆط¬ظ‡ pi kursus, ط¨ظˆظ†ظٹ plak hantaq kat tuk/siti(mak syg) kat Baling. Bujang2 pun still ada tanggungjwb lagi. Bujang kerna berjauhan je...

٥.٧.٠٦

Mari kita sokong Palestin


Mlm minggu lepas diadakan perhimpunan membantu rakyat Palestin di Dewan Millenium, Kepala Batas. Walaupun tidak memenuhi dewan, sebanyak RM37 ribu berjaya dikumpulkan. Camna bleh sampai jumlah tu? Depa bukan bagi duit je. Jam tangan & barang kemas suma bagi. Amacam bagi yg tak pi sana(termasuklah aku-baru kelmarin dpt info).

Nak jadi suicide bomber kat sana tak mampu. Jadi Pengerusi OIC pun hanyalah oh! I See. Tgk je la. Action tarak. bagi kita yg masih punya perasaan ayuh buktikan. Jom kita boikot brgn Israel, Amerika & koncu2nya. Selagi termampu boikot teruskan. Juga berilah sumbangan ikhlas kepada Tabung Palestin di "Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia" di Bank Islam Malaysia Berhad, cawangan Taman Melawati, nombor akaun: "12113010005797".. tak mampu bagi RM1 sebulan bagilah terus RM12 utk satu tahun. Ayuh buktikan keprihatinan kita semua. ط§ظ„ظ„ظ‡ ط§ظƒط¨ط±

walaupun sumbangan kita tak seberapa at least kita tunjuk gak kita tak redha kat golongan mustakbirin(menindas) ni. Seeekor burung pipit yg berulang alik membawa air bg memadamkan api yg membakar Nabi Ibrahim. walau api tu takkan padam, namun aku membuktikan aku sokong Nabi Ibrahim & tak redha perbuatan Namrud.

sedikit berita tentang perhimpunan ini boleh didapati di sini

٣.٧.٠٦

Komen CEO Petronas tentang kenaikan harga petroluem

Kelmarin aku baca komen Pengerusi Petronas nih. Walaupun harga petrol baik 30 sen (><20% ) tetapi kadar penjualan petroleum naik 20%. Aik! Naik suruh gomen penaik lagi harga? Bagiku mudah je nak bg puak2 ni rasa. Buatlah pertukaran jap. Sebulan pun cukup. Depa suma pakat dok kat rumah kita, pakai gaji kita & anak2 cam anak kita. Barulah depa tau.

Bukannya kita nak sgt berkereta ke tempat keje. Public transport tak cekap. Bila naik harga, compare ngan Jepun & UK. Depa lagi mahai. Bab public transport tak compare plak. Tak cite pasai cekapnya Bullet Train kat sana sampai org kat Penang pi keje kat KL naik ketapi je. Bagaimana cekapnya tube kat UK.

Apa tindakan kita sebagai pengguna? Terima saja? Nak berdemo tak berani, nanti kena belasah. Terjemahkan protes kita dlm PR kecil atau PRU 12 nanti

p/s: nasihat aku kpd gomen staff. Kalu korang nak komen sesuatu issue terutama yg menyentuh gomen, jgn sebut nama & jabatan hangpa. Nanti ada yg report memang kita kena tindakan tatertib. Tapi kalu puji depa tak pa. kalu dah betui2 berani silakan saja.

٣٠.٦.٠٦

Blog kembali aktif

ط§ظ„ط­ظ…ط¯ظ„ظ„ظ‘ط­ kemarin berakhirnya kursus. Kursus ni wajib utk post baru. Aku naik pangkat ke post baru ni. So nak sah dlm jawatan kenalah ikuti kursus ni. 27/7 ni ada plak exam kursus ni. Mula2 tu terlintas gak. Boringnya. 15 hari beb. Tapi setelah aku mengenali my group dlm course ni tak terasa cepatnya masa berlalu. Dalam 6 org, just 1 yg tak byk cakap. Yg lain sembang bab apa pun bleh. 3 lecturer, 2 dr UK & 1 dr Jepun. Sorang lagi ustaz dr Mesir(Naim cukup mengenalinya). Yg tak byk cakap tu AR. nanti aku cite info menarik yg aku dpt sepanjang course nih
ظˆط§ظ„ط³ظ„ط£ظ…

p/s: nanti aku cite camna nak setkan keyboard arabic pada pc biasa. Aku baru try ckit2 je nih.

١٢.٦.٠٦

Tradisi Membelasah Rakyat(bumiputera)

2 minggu lepas aku pi ke klinik. Amik vitamin utk anak aku. Pastu sembang ngan doktor tu. Pastu dia cite la pasai tanah tuk dia kat kpg. Kerajaan membelinya ngan harga RM2 juta. Sekali imbas memang mahai. Tp doctor tu cite lagi 30 thn dulu ada cha ya nun alif sanggup beli ngan RM1 juta. Tanah tu memang luas. Rizab Melayu lg. Depa beli ngan harga cuma RM13 sekaki persegi. Padahal tanah estet berhampiran kwsn tersebut berharga RM25 sekaki. Pas ni kalu depa buat kompleks perniagaan maka akan ramai la cha ya nun alif yg menguasai. Udahlah kws tu terletak dlm negeri Darul Sukun di mn melayu menjadi minority. Dah depa jual nanti gerenti dpt komisen punya. Aci kerat kaki ayam punya.

Tapi aku & doktor tu syak sebab utama depa amik tanah tu kerana 2 sebab iaitu terdirinya di situ taska islam yg dipunyai oleh sebuah parti & kwsn tersebut memang memangkah pembangkang dlm PRU 11 dulu. Nak lwn ke mahkamah? Tak leh menang punya. Apsal? Sebab Pindaan Akta Tanah 2002 mengatakan bhw kerajaan berhak mengambil sesuatu tanah setelah dibuat penawaran harga kali ke 2 dibuat. So nak tak nak kenalah serah tanah tu atas dasar pembangunan.

Tapi kalu tanah cha ya nun alif nak amik? Mimpilah. Nanti pilihanraya pangkah pembangkang depa yg terap(tiarap). Buktinya? Di pekan Sg Dua yg jem teruk pg & petang. Apsal tak amik tanah cha ya nun alif tu? Tapi kalu kat Spg Empat, Pmtg Buloh habih suma dikaut. Apsal? Sebab suma peniaga situ bumiputera.

p/s: entry nih lama dah nak upload. Tapi sibuk ngan kursus & kenduri. Tu yg lambat tuh

٨.٦.٠٦

60 Minit Bersama Menteri

Mlm td tertengoklah 60 Minit Bersama Menteri. Tapi dah agak lewat. Tinggal dlm 20 minit lg je. Tapi aku best(menyampah pun ada) ngan jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Agama kita la)

   apa tindakan kerajaan dengan byknya org memohon untuk murtad? – itu hanya permohonan shj. Tak lulus maka dia tak murtad.
Woi! Itu atas kertas. Dia amik borang nak tukaq pun kira murtad dah. Kan dah ada niat nak murtad!


Kerajaan banyak melaksanakan amar ma’ruf tapi tak banyak nahi mungkar – kerja nahi mungkar ni bukan hanya kerja kerajaan.
Org kampung  & ibu bapa juga bertanggungjawab. Sapa yg
meluluskan lesen arak judi? Pak menakan hang? Sapa yg meluluskan konsert Sure Haram (la ni Jom Haram? TV3 ka?




Islam Hadhari apa kalu luluskan lesen arak? – Ooo Malaysia negara majmuk. At least hadkan tempat membeli arak tu pd bukan islam shj.


Selebihnya Sahibus Samahah(coz
jd menteri Agama) byk bermain ngan istilah Arabic. Sederhana la, moderat la &
bla2. Satu lg yg kerap disebut aaaa, aaaa & aaaa.


Kalu byk sebut benda nih u tandanya tak de point nak jawab/takde preparation. Apa la. Kan dah level Sahibus Samahah dah. Guna la ayat quran byk ckit.


p/s: Aku rasa moderator nih (datok
Annuar apa tah)mmg geng islamik gak. Berdasarkan cara dia cara tanya Sahibus
Samahah
& harapan dia agar masjid akan jd pusat perkembangan ilmu &
masyarakat bukan semata2 diimarahkan pada hari jumaat & Solat Raya. Wallahua'lam

Blog menyepi...

Blog ini telah menyepi selama hampir 2 minggu. 29-31/5 & 1/6 aku attend kursus Asas Pencegahan Kebakaran(Teori & Praktikal). Then 2/6 hingga kelmarin(6/6) aku bercuti kerana kenduri di rumah MJ aku. nanti la aku cite pasai ke 2 benda nih. Tunggu!

٢٤.٥.٠٦

Dan Allah akan mengujimu….III

Petang kelmarin Syg memberitahuku yg ط²ظˆط¬ط©(isteri) Ustaz(salah sorang sheikh yg selalu aku pi ngaji dengannya) telah keguguran. Kandungannya baru berusia 4 bulan.

Mereka telahpun dikurniakan 4 zuriat sebelum ni. Anaknya yg ke 2 ialah lelaki. Depa inginkan sorang lagi anak lelaki. Ustaz pun pernah memberitahu pada ط²ظˆط¬ط© yg dia bercadang nak beli satu lg kerusi makan utk bakal anak mereka.

Tahun depa ط²ظˆط¬ط© ustaz dah 40 thn. Dah tak leh(digalakkan) mengandung. Sabarlah ya ustaz & ط²ظˆط¬ط©. Moga Allah mengurniakan sakinah & keberkatan dlm mengharung ujian dunia.

p/s: Syg & ط²ظˆط¬ط© ustaz ni mengajar di sekolah yg sama.

٢٢.٥.٠٦

Kutujukan lagu ini utk awek Ipoh & bakal pengundi AF4

Lagu: Gadis Bertudung

Siapa bilang gadis bertudung tak menyanyi
Tak menari-nari, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin dia terpilih
Kalaulah sungguh tak mungkin dia kan layak.

Aduhai... lemah lembut gayanya
Serta manis senyumnya
Hitam pekat tudungnya
Ayuh SMS si dia.

Di antara gadis-gadis seluruh akademi
Tiada yang setudung litup oh setudung dia
Di antara gadis-gadis seluruh akademi
Tiada yang setudung litup oh setudung dia
Tata susila nya, kain tudungnya
Sentuhan suaranya membuatku Afundi.

Pas ni tak peliklah la ni kalu yg bertudung pun bleh menari, terloncat sana sini & sebagainya yg tidak sesuai dgn imej bertudung(baca muslimah). Sebelum ni byk dah kes awek bertudung bercouple kat tmn, gambar terlampau dll. Pas ni saksikanlah(yg tgk kat astro pun dpt saham)konsep islam boleh(dulu Malaysia boleh) terloncat sana sini plak...

p/s: Makin pendeklah umur dunia... Ya Allah matikankanlah kami dalam kesudahan yg baik..

Gubahan lagu ni diambil dari Bukunota

١٨.٥.٠٦

Pada ketika itu...

kelmarin solat asar berjemaah ngan 2 tok sheikh kaki nagaji ni. Entah mengapa ketika aku membaca do surah 3:38 aku tetiba membayangkan sorang tok sheikh ni.




"Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa."

 


Mengharapkan agar dia & wifenya dikurniakan zuriat. Pas solat rasa zhauk semacam. Mungkin mengalir keberkatan dua tok sheikh ni pada aku. Alhamdulilah.

p/s: utk makluman kami suma dah kawin selama 3 thn. Cuma tok sheikh sorang ni je yg belum ada rezeki. Ada hikmah tu..

١٧.٥.٠٦

Kepada Para Ibu (sempena Hari Ibu)

Kepada Para Ibu (sempena Hari Ibu)





 




Perutusan Sempena Hari IBU :


 


IBU


 




DIKAU
KUNCI

SYURGA




DIKAU
KUNCI

NERAKA




APA YANG
LEBIH

MENGGERUNKAN KITA !!





PENDEDAHAN Oleh Sohibus Samahah Pengerusi Majlis Mufti Negara Dato’ Seri


Harussani Zakaria :




250 RIBU ummat Islam =
MURTAD




WAHAI IBU :



 









JADIKAN DIRIMU !

IBU YANG BERIMAN DAN BERTAQWA.


 




JADIKAN DIRIMU !

IBU YANG HEBAT DAN BERJAYA.


 




JADIKAN DIRIMU !

IBU YANG MENDIDIK DAN MENYAYANGI.


 




WAHAI IBU :






DIDIKLAH ANAKMU ,

AGAR MANTAP ISLAM DAN IMAN MEREKA.


 




DIDIKLAH ANAKMU ,

BIAR BERILMU DAN BERMARUAH.


 


 


DIDIKLAH ANAKMU ,

SEMOGA MEREKA MAMPU BERDIKARI DAN MEMILIKI JATI DIRI


 


 


Bagaimana Mendidik !!


Sabda Rasulullah saw :


 




مُرُوْا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَ هُمْ


أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِيْنَ وَاضْرِبُوْا هُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ
عَشْرٍ

وَ فَرِّقُوْا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِع
ِ




Maksudnya : Suruhlah anak - anak kamu


supaya bersembahyang sedang mereka berusia 7 tahun dan pukullah mereka (
jika

enggan solat ) sedang usia mereka 10 tahun dan asingkan tempat tidur
mereka .

( antara anak lelaki dan anak perempuan .


Riwayat Al Hakim dan Abu Daud A'mr bin Ash
rha.



 


Sabda Rasulullah saw. lagi :




مُرُوْا أوْلاَدَكُمْ بِامْتِثَالِ
اْلأَوَامِرِ

وَ اجْتِنَابِ النَّوَاهِي فَذَالِكَ وِقَايَةٌ لَهُمْ وَ لَكُمْ مِنَ
النَّارِ



 


Maksudnya : Suruhlah anak - anak kamu


supaya menjunjung tinggi titah perintah Allah dan menjauhkan segala
larangan

Allah swt. sedemikian itu adalah perisai bagi mereka dan juga bagi kamu
dari

api neraka .


Riwayat Ibnu Jarir dan Ibnu Mundzir dari
Ibnu

Abbas rha.


 


اْلأَوَامِرِ




antaranya :


MENUNAIKAN SOLAT ( PENGABDIAN DIRI KEPADA
ALLAH )

MENUTUP AURAT

TAATI IBUBAPA

MENUNTUT ILMU

BERDAKWAH DAN BERJIHAD


 




النَّوَاهِي


antaranya :


MENSYIRIKKAN ALLAH

ARAK , JUDI DAN ZINA ( FREE SEKS )

PERGAULAN BEBAS

MENDEDAHKAN AURAT

DERHAKA KEPADA IBUBAPA DAN GURU

KEKAL DALAM KEJAHILAN

MENENTANG AGAMA ALLAH DAN USAHA MENDAULATKANNYA.



 




IBU yang dihormati sekelian :


Saya mengambil kesempatan ini sekali lagi untuk mengucapkan selamat hari
ibu

buat semua ibu yang bukan sahaja gigih membesarkan anak - anak tetapi juga


penuh pengorbanan untuk membrkalkan didikan dan bimbingan buat anak - anak


tersayang .


Agar usahamu ibu , melahirkan generasi yang beriman dan bertaqwa kepada
Allah

swt .


Justeru itu , jangan lah mengalah dalam menghadapi cabaran peradaban moden


hari ini yang pastinya menanti saat ibu terlalai dan terleka untuk
merosakan

peribadi , mental dan aqidah anak - anak kita . Waspadalah ibu !!


 


Artikel asal terdapat di

sini
. Disiarkan dengan suntingan